CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sabtu, 25 Disember 2010

Akhi Fillah..mengertilah..



Akhi Fillah..
Maafkan aku seandainya aku menjadi fitnah pada dirimu..
Maafkan aku andai aku menjadi asbab goyahnya semangat  jihadmu..
Maafkan aku andai aku pelemah prinsip perjuanganmu..
sungguh aku tidak ingin semua itu berlaku..
Kerna kau mujahid muda..
Kerna kau pembela agama..
Kerna kau penerus risalah nabawiah..

Akhi Fillah..
Ku telah melabuhkan pakaianku agar terjaga pandanganmu..
Ku cuba menjaga  ikhtilatku agar tinggi kehormatanmu..
Ku cuba  menegaskan suaraku agar terkawal  hatimu..
Ku cuba  untuk tidak menyapamu agar terpelihara imanmu..
semua telah ku cuba lakukan..
Demi martabat mu..demi maruahmu…

Akhi Fillah..
Usah kau tewas dengan fitnah kaumku..
Kerna nilaianku padamu adalah..
sejauhmana teguhnya hatimu..
Sejauhmana tingginya prinsipmu..
Sejauhmana luasnya nilai agamamu..
Agar kau tidak tersunggkur dalam jurang fitnah..
Agar kau tidak tewas dari panahan mata ..
Agar kau tidak rebah dari hasutan nafsu durjana..
Dari insan  yang bergelar hawa..

Akhi Fillah..
Mengertilah..
Aku tidak ingin tergolong..
Sebagai fitnah terbesar akhir zaman..
Tewasnya syabab-syabab harapan..
Sebagaimana sabda rasul junjungan…

                                                   Desa Anggerik: 01.05 a.m

Rabu, 22 Disember 2010

Diari seorang Muslimah

             
           Untuk karya sulung di laman raudhah ini, tintaku membawakan cerpen mengenai diari seorang muslimah yang bergelar mahasiswi.. jiwanya sarat dengan kecintaan kepada Allah dan RasulNya..kehidupannya dilalui dengan penuh rasa tawadhuk dan kehambaan kepada penciptanya..sama-sama kita ambil ikhtibar dari kehidupan muslimah ini..moga-moga kita kita dapat mencontohi keperibadian yang digambarkan malah lebih lagi..Dari penulis, watak yang di ceritakan tiada kaitan dengan siapa-siapa, jika ada persamaan, ia adalah kebetulan semata-mata. atas kehendak Allah... karya ini mungkin terdapat kelemahan dan kesilapan..namun,yang baik jadikanlah pengajaran,dan yang buruk jadikanlah sempadan.. selamat bermuhasabah..

             
              Zikir munajat dari handfonku menerjah di segenap ruang bilikku..Ia  menandakan pukul 5.00 pagi... Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami sesudah mati (tidur) kami dan kepadaNya kami kembali..kubacakan doa ini agar ikatan syaitan yang memebelengguku segera terlerai.. Alhmadulillah,Allah masih mengurniakan nikmat usia buat diriku..syukur ya Allah..dengan bertambahnya hari seiring dengan berkurangnya usiaku malah semakin menghampiri ajalku..tekadku dalam hati,agar hari ini lebih baik dari semalam.. 

 5.00a.m: kumulakan hariku dengan senyuman agar ku lalui hidupku dengan ceria..lantas ku bergegas ke bilik air untuk memebersihkan diri. Telah ku biasakan diriku untuk mandi sebelum fajar,kerna ku tahu banyak kebaikannya..usai memebersihkan diri, seperti biasa ku bentang sejadahku untuk bertemu kekasih Agungku..padaNya ku meluah rasa, berkongsi duka, melerai masalah, meminta jasa..ku mulai munajatku kepada Sang Kholik dengan tahajjudku, taubatku,hajatku,istiharahku dan ku akhiri dengan witirku.. menanti tibanya subuh,ku buka mashaf hijau kesayanganku, mengalun bait-bait cinta dari Sang Pencinta..betapa tenagnya jiwa..
azan subuh sayup-sayup kedengaran, ku tutup mashafku untuk menunaikan solat subuh..sebelum itu ku kejutkan sahabat-sahabatku untuk menyahut seruan azan ini..tidak ketinggalan, sunnat qabliyyah subuh ku dirikan, sepertimana  kecintaan Rasulullah terhadap  ibadah ini..ku cuba untuk mencintainya juga...usai solat subuh berjemaah bersama sahabat-sahabatku,ku buka mashaf hijauku sekali lagi,kali ini dengan tadabbur..ku hayati maknanya, agar kalam ilahi ini melekat di jiwaku agar dapat ku menterjemah kandungannya dalam kehidupan seharianku..ku pegang kata-kata murabbiku, salah satu cara untuk menjadi wanita solehah,hendaklah memulakan harinya dengan kalamullah,dan mengkhiri harinya dengan sunnah nabawiyyah..

             
 6.15a.m: Aku membuka buku ilmiah,untuk persedian di medan kuliah pada hari ini..kuliahku bermula pada pukul 9.00 pagi, bermakna aku punya masa yang lebih untuk ku mengulangkaji beberapa madah..ku semak muqarrar yang bakal di ajarkan hari ini..agar ku lihat bayangan ilmu yang bakal di bincangkan oleh pensyarahku..setelah itu,ku turun ke dapur untuk mengalas perut..ku  bancuh susu suam, bersama beberapa keping biskut..inilah menuku pagi ini..alhamdulillah..

8.15a.m: Usai menunaikan solat sunat dhuha, aku melangkah ke kampus bersama sahabat-sahabat seperjuangan..kami memastikan agar pergi kampus seawal  ini agar tidak terlewat memandangkan kami bergantung pada bas semata-mata..jika tiada bas,kudrat  sepasang kaki inilah kami gunakan untuk berjalan lebih kurang satu kelometer untuk smpai ke kampus..mujur aku duduk serumah bersama sahabat-sahabat satu bidang pengajian denganku..oleh kerana itu,kami sering ke kuliah bersama-sama, sepanjang perjalanan menuju ke kampus, aku cuba memastikan agar masa kami tidak terbuang begitu sahaja, ku kongsi apa yang ku sempat pelajari pada pagi tadi..kami saling menukar ilmu tentang madah yang bakal di bincangkan d medan kuliah nanti agar gambaran lebih jelas..

9.00a.m: Jihad ilmuku di dewan kuliah apada hari ini bermula.madah tafsir maudhu’i menjadi taruhan ilmu..ku mulakan dengan doa penerang hati dan surah al-insyirah agar mudah ku menerima mutiara-mutiara ilmu dari pensyarahku..dengan bahasa arab yang di gunakan sebagai bahasa pengantara,cabaran yang lebih untuk kami yang baru setahun jagung di alam pengajian tinggi ini memahami bahasa yang di sampaikan apatah lagi prof. yang megajar pagi ini tidak menggunakan bahasa arab fushah sepenuhnya apabila dicampur adukkan dengan bahasa ammiyah(pasar) memandangkan  beliau berasal dari mesir..namun ku yakin, dengan kesungguhan yang tinggi dan keikhlalasan yang mendalam untuk memperoleh ilmu, bagimanapun sukarnya,Allah pasti memudahkannya..bagiku,walaupun aku tidak mendapat seratus peratus apa yang di sampaikan oleh pensyarahku, keberkatan itu penting..melihat pada sikap segelintir pelajar yang tidak ingin datang ke kelas,kerana tidak memahami apa yang di samapaikan oleh pennsyarah.lantas di mana keberkatanya..?? kuliahku berlangsung selama 2 jam, diikuti kuliah mustolahul hadist pada jam 11 a.m sehingga 1.00 p.m..

         
1.00p.m: Bersama-sama sahabat-sahabatku,kami mengayun Langkah menuju ke kafeteria untuk mengisi perut..lapar rasanya setelah setengahari  mengutip mutiara-mutiara ilmu dari kalam-kalam pewaris sabda junjungan..ada yang berkata,belajar ini lebih memenatkan dari bekerja..betul ka??sejauhmana kesahihannya akupun tidak pasti..lebih kurang setengah jam kami menghabiskam masa di kafeteria, langsung menuju ke surau fakulti untuk solat zuhur..surau yang agak terhad tidak dapat menampung jumlah pelajar muslimah yang ramai..terpaksa bergilir-gilir masuk ke surau..semua ingin menyahut seruan  Ilahi..alhamdulillah,hidupku masih di kelilingi  biah yang islami berbanding sahabat-sahabatku yang berada di universiti lain..seharusnya ku bersyukur kerana dengan waki’ kampusku yang demikian,lebih mudah untuk aku menjaga imanku..

2.00p.m: usai menunaikan solat zuhur, aku menuju ke waqaf fakultiku..kali ini aku bersendirian kerana sahabat-sahabatku semuanya telah pulang ke rumah memandangkan kami berlainan kelas totorial..ya, aturan yang Allah tetapkan buatku, ada ketikanya kena berseorangan..ku ingat kata-kata seseorang,hidup tidak harus berteman..ya, betul juga..bagiku,untuk berkeseorangan dalam sesuatu keadaan, aku tidak kisah,mungkin juga telah terbiasa..melihat kepada sahabat-sahabat yang lain tika ke mana-mana sering sahaja berteman,membuatku berfikir cara hidupku yang agak berbeza dari mereka..mencari hikmah yang aku sediri tidak pasti..sering kali aku di tegur oleh rakan-rakan, “sorang je ke??”..ku balas hanya dengan sekuntum  seyuman..di waqaf ini,ku belek helaian-helaian kitab usul fiqh..mengulangkaji apa yang telah di pelajari hari isnin yang lalu..salah satu madah yang paling ku gemari, nekadku,ingin mendalami bidang fiqh terutama fiqh al-mar’ah(fiqh kewanitaan) kerana golonganku di luar sana masih  ramai yang tidak tahu dan kurang ambil tahu tentang hal-hal yang berkaitan dengan fiqh kewanitaan.. teringatku pada mesej atau panggilan yang sering ku terima dari keluarga dan sahabat-sahabat handai di kampung yang bertanyakan tentang masalah  fqh, menjadikan ia sebagai taklifku untuk mendalami bidang ini..

         
3.00 p.m: Totorial bermula..dalam totorial ini lah ku ambil peluang untuk bertanyakan seeuatu yang kurang ku fahami..aku tidak ingin menjadi mahasiswi yang pasif,aku harus menjadi mahsaiswi yang proaktif..ya,menjadi prinsipku sejak di zaman persekolahan lagi..ku rebut peluang untuk lebih berketerampilan, samaada dari segi kurikulum ataupun kokurikulum..bukan niat untuk menunjuk-nunjuk, jauh sekali untuk bermegah-megah..bagiku,melalui penglibatan ini untuk ku lebih mengetahui sapa diriku, di mana kelebihan dan kekuranganku seterusnya untuk ku semai potensi yang ada pada diriku..namun semua ini bukan semata-mata untuk diriku..bagiku, semuanya untuk islam..ya!!pastinya untuk islam...kerana itu tujuan kita di ciptakan..
kembali ke alam kelas totorial, menjadikan aku lebih jelas tentang  tajuk yang di bincangkan..asykurukum Ya Allah..dengan baki masa yang ada, ku rebut peluang untuk bertanyakan sesuatu  di luar dari pembelajaran namun masih  berkaitan dengan fiqh..ya..hatiku berbunga apabila prof. tidak menghampakan aku dengan jawapan yang sangat memuaskan hatiku.. aku dipelawa  untuk datang ke biliknya bagi membincangkan masalah ini dengan lebih mendalam agar aku lebih jelas..kecik tapak tangan,besar ku tadahkan..aku dan beberapa orang sahabatku mengekori prof. menuju ke biliknya..penerangan demi penerangan kami perolehi,menjadikan aku nekad lagi untuk merujuk kepadanya sekiranya ada perkara-perkara membuatku musykil.. Segala puji hanya pada Mu yaAllah..monologku di dalam hati..

 5.00p.m: Bergegas menuju ke surau fakulti untuk solat asar setelah berjumpa dengan prof.ku..satu kegembiraan yang sukar di gambarkan bilamana mendapat jawapan dari sesuatu persoalan..ku laksanakn solat asar berjemaah di surau fakulti.. diriku ditempatkan sebagai imamah pada waktu asar ini..usai solat,doa ku lantunkan doa-doa lazim..dengan setulus hati,lantunan doa buat insan-insan yang di sayangi khususnya dan seluruh imat islam amnya..doa khas buat prof, ku tadi agar dirinya sentiasa mendapat keredhaan dan keberkatan hidup dan segala yang terbaik menjadi miliknya..doaku tulus buatnya..terima lah doaku ini Ya Rabb..alma’surat ku capai..mengalunkan doa-doa yang di susun oleh Imam Hassan Al-Banna..wirid yang mejadi sebagian dari hidupku..


5.30p.m: Aku kembali ke rumah..seperti kebiasaanya,jalan kaki berkeseorangan..memandangkan aku tidak duduk di kolej kediaman,menyewa rumah bersama sahabat-sahabat yang lain di perumahan berhampiran..payung hijau menjadi temanku tiap hari..pejalananku lebih kurang 30 minit,tidak ku sia-siakan begitu sahaja,ku jauhi untuk berangan-angan dan berimiginasi kosong yang tidak memberi manfaat pada diriku..ku lantunkan zikir di dalam hati..menjadi kebiasaan agar hati tidak lekang dari terus mengingat Allah..ku ingat suatu ketika dulu,sewaktu aku di bangku sekolah, bagaimana aku mendisiplinkan hatiku berzikir mengingat sang pencipta, dengan berbekalkan seutas tasbih,telah menjadi temanku tiap waktu..tempatnya di dalam poket bajuku..ini membuatkan aku setiap kali tersentuh poketku,pasti ku teringat taklifku sebagai hamba untuk terus mengingatiNya, semua ini berkat ajaran murabbiku, ya..pastinya murabbiku, salah seorang insan yang sangat bermakna buatku..tasbih yang  menemani poket bajuku suatu ketika dulu juga adalah pemberian darinya..

6.00p.m: Setibanya di rumah, hidangan makan malam telah tersedia..alhamdulillah, aku dikurniakan teman-teman serumah yang sangat memahami dan baik hati..satu nilai yang sangat aku kagumi terhadap diri mereka ialah kebolehan mereka dalam memasak..aturan yang Allah tetapakan buatku apbila hidup bersama mereka,  aku berpeluang untuk memperdalam ilmu masakanku..duduk serumah dari pelbagai negeri membuatkan berbagai-bagai  jenis masakan yang dapat di pelajari..ku ingat pesan mak, sebagai perempuan, kena reti masak..jangan oleh sebab sibuk belajar, hal ehwal dapur tidak di ambil tahu..mengingat pesan mak membuatku tersenyum sendiri, dalam sungguh maksud mak..(“,)

Hari ini aku tidak berkesempatan untuk beriadah di taman..jika tidak di sempitkan waktu di kampus,pasti ku luangkan masa untuk beriadah di petang hari..sebagai seorang hamba Allah yang memegang banyak taklifan dan amanah, kesihatan harus di ambil perhatian..dengan beriadah, menjadikan diriku lebih cergas untuk melaksanakan tugasan-tugasan yang menjadi taklifan ke atas diriku..insyaAllah hari yang bakal ku tempuhi, taman permainan pasti ku jejaki untuk beriadhah..namun, di kesempatan yang ada,satu kemestian bagiku untuk menghubungi keluarga di kampung..mendengar suara kasih dari permata hatiku iaitu ayah dan bonda,  yang senantiasa memberiku perangsang dan nasihat untuk penghidupanku ditempat orang..


 7.15p.m: solat maghrib berjemaah didirikan..sahabatku yang berstatus hafizah ditempatkan sebagai imamah..bacaannya fasih mengalunkan bait-bait al-quran dari surah an-nisa'..sepertinya sangat dhabit..almaklumlah,30 juzuk dalam dada..aku sangat bersyukur kerana diampingi oleh sahabat-sahabat yang solehah dan hidup dalam biah solehah..ya..sepertinya,, kata-kata  hikmah rumahku syurgaku harus di aplikasikan dalam teratak kami ini..usai menunaikan solat maghrib berjemaah, masing-masing mencapai mashaf, membuka halaman surah al-maidah dan membaca secara tadarus..dengan cara ini, kami dapat mentahsinkan  bacaan al-quran masing-masing..di selangi dengan tazkirah sebagai santapan rohani,menjadi giliranku pada malam ini..kali ini ku bawakan tips menjadi wanita solehah..ada 5M pada dasarnya..Muraqabah,Mujahadah,Muhasabah, Mua'hadah, dan Mua'qqabah..ku olah dengan kata yang ringkas namun padat..harapanku agar apa yang ku sampaikan melekat dalam hati-hati kami untuk sama-sama mengislah diri ke arah pembentukan peribadi muslimah yang solehah..Allahumma Ameen..Azan isya’ sayup-sayup berkumandang..kami mempersiapkan diri untuk solat isya’ berjemaah..

9.00p.m: Ku mulai dengan doa peneranghati apabila dudukku bersila rapi berhadapan meja belajarku..sebuah meja belajar ala jepun yang kecil namun tetap selesa..kitab fiqh manhaji Imam As-syafi’e Rahimahumullah menjadi pilihanku pada malam ini..helaian demi helaian ku selak untuk memahami kalam-kalam sakti  dari ulama’ mujtahid tersebut..bila terasa letih, ku buka laptopku untuk melayari internet..mencari bahan-bahan yang santai untuk merehatkan fikiranku..biasanya ku buka laman-laman web atau blog-blog mencari sesuatu yang menarik untuk ku baca..kali ini mataku tertumpu pada satu blog yang membicarakan tentang peranan wanita dalam islam..wah,satu  artikel yang sangat menarik..setelah otak terasa lapang..ku sambung murajaahku hingga habis satu maudu’.. ku sambung pula dengan madah yang lain..kitab ulum al-quran ku capai..

 11.00p.m: setelah kitab ulum quran ku tutup, ku capai pula laptopku..seperti biasa,masa sebegini ku isi dengan melayari internet...ku online YM ku untuk bersilaturrahim bersama-sahabatku ..dengan teknologi di hujung jari, sahabat-sahabat seperjuanganku  yang kini berada di hujung dunia mampu ku jejaki..ku buka laman blogku dan mengklik pautan web bagi mendapatkan sesuatu yang bermanfaat pada pembacaan ku..tidak ketinggalan ku buka laman facebook, meninjau-ninjau sesutu yang menarik..bagiku, semua ini bukan untuk keseronokan semata-mata,namun ku jadikan ia salah satu wasilah untuk  berdakwah di alam maya..


 12.00p.m: sekejap lagi masa untuk syahid kecil ku..sebelum itu ku buka diari  yang ku gelar ”mufakkiratul mukminah” untuk memastikan  komitmen-komitmen yang harus ku laksanakan dan membuat perancangan-perancangan kehidupanku pada esok hari..ya..esok merupakan hari khamis,seperti kebiasaan, ku pasang niat untuk berpuasa sunat khamis..insyaAllah,esok pagi ku bangun lebih awal untuk bersahur..
Setelah membersihkan diri dan bersuci,sekali lagi ku capai mashaf hijauku membuka surah al-mulk..ku baca secara tartil..setelah selesai, buku hadis 40 karangan imam Nawawi ku capai..membelek helaian yang ku tanda..untuk malam ini,telah masuk hadis yang ke 38 ku baca..maknanya tinggal beberapa hadis lagi perlu ku hayati sebelum menjadikan kitab sahih al-Bukhari sebagai penemanku sebeum syahid kecil ku pada hari-hari yang mendatang..satu amalan yang ku laksanakan dengan istiqamah dan konsisten hasil ajaran murabbiku ketika di alam persekolahanku dulu..

 12.30p.m: kepalaku mengalas pada bantal hijauku..ku alunkan ayat kursi, Tiga Qul, dan doa sebelum tidur..tidak lupa juga memaafkan segala kesalahan orang lain terhadap diri kita,sekiranya ada,yang merupakan salah satu kunci kebahagiaan..ingatanku menerjah kembali pada  pada satu mesej pesanan dari murabbiku : Nandaku, pastikan tidurmu tidur yang solehah agar lenamu dalam iman..
                                                                       
                                                                               TAMAT...




               

Selasa, 21 Disember 2010

Kau ibarat Bunga

"Harta yang paling berharga adalah wanita solehah.." HR Muslim..

Wanita ibarat bunga..
cantik indahnya pada pandangan mata hanya sementara..
yang kekal menjadi pujaan manusia hanyalah manusia yang mulia ahlaknya..
kerana akhlak itu umpama bunga diri..
tiada guna berwajah cantik tetapi akhlak buruk..
tiada guna juga hati cantik tetapi hati kosong dari ilmu..
Ibarat bunga..
ada yang cantik apabila dipandang tetapi busuk baunya..
ada pula yang kurang menarik dan baunya juga kurang menyenangkan..
ada juga bunga yang tidak menarik pada pandangan mata kasar..
tetapi apabila di halusi dengan mata hati, ternyata amat tinggi nilainya..


wanita adalah makhluk Allah yang sangat istimewa.kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan wanita.Oleh yang demikian,Allah telah mentapkan hukumnya keatas mereka..walaupun berat dipandangan mata si jahil dan ingkar tetapi ia adalah kemanisan iman yang dicicip oleh wanita solehah..

kerana itulah..
sebagai anak dia menjadi anak yang solehah..
sebagai remaja dia akan menjadi remaja yang berhemah..
sebagai isteri dia menjadi isteri yang menyenangkan dan menenangkan hati suaminya..
sebagai ibu dia akan mendidik anaknya dengan penuh kasih sayang..
dan pastinya sebagai hamba Allah dia akan menjadi hamba yang tunduk dan menyerah diri hanya kepadanNya..

Firman Allah dalam surah an-nisa' ayat 24 yang bermaksud: Barangsiapa yang mengerjakan amalan yang soleh baik lelaki mahupun wanita sedang ia seorang yang beriman maka mereka itu masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikitpun..


dipetik dari diari penulis 'mufakkiratul mukminah':2009M : 1430-1431H

muqaddimah di raudhah humaira'..

Assalamualaikum wrb..
salam  ukhwah fillah seluas mahabbah kepada semua pengunjung di raudhah humaira’ ini ..seperti yang kalian maklum,raudhah ini masih baru dalam dunia maya..pastinya banyak kekurangan dan kelemahan..komen dan saranan  membina dari pihak kalian yang  budiman sangat di alu-alukan untuk meningkatkan lagi mutu penyampaian agar lebih bermanfaat buat semua..apatah lagi tinta yang bakal berlegar di raudhah ini insyaAllah sedikit sebanyak  berbaur dakwah agar ia mampu menjadi santapan rohani buat semua..dengan  wasilah  yang agak santai, tinta ini mungkin lebih memfokuskan golongan fatayat atau lebih dikenali sebagai golongan hawa..(“,)pemilik tinta ingin  berkongsi rasa   dengan antunna semua..mungkin sedikit sebanyak dapat memahami dilema dan masalah yang sering di hahadapi oleh kaum kita, bermujahadah dan berjuang dalam menghadapi mehnah yang hadir tika usia  masih bertatih  mengenal cinta yang hakiki..di raudhah ini,ingin ku kongsikan sedikit sebanyak fikrah dan tazkirah buatmu wahai muslimah yang dikasihi agar diri kita sama-sama di belai dengan mutiara-mutiara hikmah moga tidak tersasar dari landasan agama..kita punya rasa yang sama, pastinya kita jualah yang saling  memahami antara satu sama lain., bukan??. kepada muslimin..ahlan alaik..tintaku juga bakal ku nukilkan buatmu..moga-moga ia memberi manfaat buat antum semua…segala yang baik datang dari Allah,dan segala kekurangan kusandarkan pada diri yang kerdil ini, atas ketentuan Allah..akhir kalam, terimalah…TINTAku di RAUDHAH HUMAIRA’..