CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Jumaat, 23 Disember 2011

Tautan Hati Sang Mujahid pada Masjid



Menerjah suasana alam di kehenegian subuh, menyaksikan Pak Lebai bersama kuda perangnya  menuju ke Musolla. Hati tercuit seketika lantaran semangatnya mendirikan tiang agama di Rumah Allah sedang manusia masih ramai diulit mimpi. Teringatku raut wajah nun jauh di bawah bayu , dengan kuapan daun pintu, sang ayah mampu mengejutkan seisi keluarga, pesannya suatu ketika dulu pilihlah yang hatinya sentiasa tertaut pada masjid, agar dirimu bersama-sama dirinya mendapat naungan Allah diakhirat kelak. Bibirku mengukir senyum namun jauh didasar hati merenung jauh makna tersirat  disebalik kata-kata. 

Masa terus berlalu membiarkan kalam itu bersemadi dasar hati, kukuh dalam penantian. Suatu ketika, di alam pengajian, helaian kitab sunnah ku sela satu persatu, hadis demi hadis ku rungkai. syarah demi syarah sabda nabi dihurai sang pendidik, terpaku aku pada satu hadis yang berbunyi:

Dari Abu Hurairah radhiallahu anhu dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam beliau bersabda:
“Ada tujuh golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah pada hari yang tidak ada naungan kecuali naungan-Nya:
1. Pemimpin yang adil.
2. Pemuda yang tumbuh di atas kebiasaan ‘ibadah kepada Rabbnya.
3. Lelaki yang hatinya terpaut dengan masjid.
4. Dua orang yang saling mencintai karena Allah, sehingga mereka tidak bertemu dan tidak juga berpisah kecuali karena Allah.
5. Lelaki yang diajak (berzina) oleh seorang wanita yang mempunyai kedudukan lagi cantik lalu dia berkata, ‘Aku takut kepada Allah’.
6. Orang yang bersedekah dengan sembunyi-sembunyi, hingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfakkan oleh tangan kanannya.
7. Orang yang berdzikir kepada Allah dalam keadaan sendiri hingga kedua matanya basah karena menangis.”
(HR. Al-Bukhari no. 620 dan Muslim no. 1712)
Subhanallah..baru ku tahu kalam hikmah yang ditutur oleh ayah dahulu rupanya sabda nabi.. Hati bermonolg sendiri  lantaran berapa ramai yang berlumaba-lumba mendapat ganjaran sedemikian rupa? Melihatkan lelaki-lelaki zaman kini yang lebih ramai yang hatinya lebih terpaut pada katil diawal subuh, padang bola apabila disenja berlabuh. Sedang tanggungjawab dan amanah buat mereka sangat besar.

Ayuh syabab!! kalian ketua keluarga, Kalian harapan bangsa, kalian pemimpin ummah, kalian pejuang agama, andai peribadimu mencerminkan akhlak islami. Tautkan hatimu pada rumah Ilahi. Pasti menjadi ummah kebanggaan nabi. Kelak mendapat naungan Allah di akhirat nanti, bersama mereka yang kalian kasihi.


Selasa, 8 November 2011

Pembuangan bayi: Dimanakah Silapnya???



Hari ini (9 November 2011), Malaysia digemparkan lagi apabila buletin  utama akhbar memaparkan dua kes pembuangan bayi yang belaku di Nilai berdekatan dengan Universiti Sains Islam Malaysia dan di Ampang Jaya pada hari semalam. Masih bersyukur apabila bayi yg dijumpai di Nilai masih berumur panjang namun tidak pada bayi malang di Ampang Jaya.Apa telah terjadi negara yang mengaku sebagai negara Islam ini??

Keruntuhan akhlak dan kebejatan moral makin meruncing. Maruah diri seorang wanita dilelong dengan tidak berharga  dan sewenang-wenangknya menyerahkan mahkota diri  yang kononya bukti cinta dan kasihnya kepada seorang lelaki. Lantas bayi suci yang lahir hasil dari hubungan haram dibuang oleh insan bergelar ibu dalam keadaan yang amat meruntun jiwa.. di manakah ihsannya???

Akademik diutamakan, Akhlak diabaikan

Teringat kembali di semester lalu apabila berpeluang menjadi fasilitator di salah satu program pemantapan jati diri yang dianjurkan oleh salah satu badan NGO. Dan peserta program tersebut merupakan pelajar-pelajar tingkatan satu hingga lima dari sebuah sekolah berasrama penuh di sekitar Negeri Sembilan. Walaupun dari latar belakang yang berbeza, namun satu persamaan mereka ialah mempunyai pencapaian akademik yang sangat membanggakan.

Tiga hari bersama merupakan satu jangka masa yang amat singkat .Namun, slot-slot muhasabah yang begitu hebat daripada pihak penganjur membutkan mereka sudi untuk berterus terang dan telah berjaya mencungkil masalah-masalah yang melibatkan akhlak dan moral. Amat terperanjat apabila  hampir lapan puluh  peratus peserta terjebak dengan  masalah keruntuhan akhlak dan moral yang amat serius. Rokok, gengsterism, penzinaan menjadi populariti dalam  borang kaji selidik yang telah diedarkan kepada peserta. Ini tidak termasuk dengan perkara-perkara asas bagi seseorang individu muslim samaada dari segi penjagaan solat, puasa, aurat, ,akhlak terhadap orang tua. Boleh dikatakan mejorotinya amat mendukacitakan. Statistik masalah penzinaan menarik minat saya untuk mengetahui, namun haru biru apabila lebih separuh daripada peserta pernah mencuba hal terlarang itu bersama teman silang jantina  samaada secara sukarela mahupun dipaksa.
Beginikah generasi dan pemimpin masa hadapan yang kita inginkan?? Mengutamakan pencapaian dan penguasaan akademik  namun mengabaikan  pemantapan dan pengahayatan akhlak dan moral..???

Anda bijak, jauhi zina

Kembali kepada pokok pangkal berbincangan. Kes pembuangan bayi bukanlah kes yang asing di negara ini, umpama cuaca, ada cerah ada mendungnya, ada hujan ada ributnya. Begitu juga kes zina yang melibatkan pembungan bayi yang  ada pasangan surutnya. Tidak cukup dengan kempen-kempen, rumah-rumah kebajikan, dan adanya pula sekolah-sekolah bagi menampung remaja yang terlanjur, namun belum mampu memberi impak positif dan kesedaran kepada individu dan masyarakat.

Usaha yang telah melaburkan sejumlah wang yang begitu besar dan kerahan tenaga dari pelbagai pihak yang mempunyai kesedaran, umpama tidak membuahkan hasil. Jika kesedaran itu hadir, hanya sebentar cuma, ataupun pada mereka yang telah mengalami pahit getir melahirkan di tandas-tandas awam mahupun bilik-bilik stor, tanpa ada tangan mulia yang menyambut kelahiran anak malang tersebut dan tanpa belaian dari insan bergelar suami. Namun, pada mereka yang belum mengalami, langsung tidak ingin mengambil pengajaran lantas sedang buai dengan kenikmatan dek cinta nafsu yang ingin disayangi dan dicintai. Tanpa mereka sedari, mereka berpotensi besar menjadi mangsa seterusnya oleh lelaki yang tidak berperikemanusiaan.

Pihak berwajib tidak peduli??

Lagi mendukacitakan apabila YAB Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak dalam pembentangan bajet 2012 tidak memberikan peruntukan khas kepada masalah gejala sosial ini.Banyak peruntukan berjuta ringgit dikhususkan untuk memperbaiki kehidupan golongan rakyat kelas biasa dan bawahan yang sememangnya wajar diberikan pembelaan.Malangnya, tidak terdapat pula satu peruntukan khas dalam bajet tersebut yang menjurus kepada usaha serius menangani gejala sosial dan seksual yang semakin membarah dan meruncing dalam masyarakat hari ini. Kekesalan ini dinyatakan oleh  Prof. Madya Dr. Harlina Halizah Siraj Pengerusi , Lembaga Pengarah Induk (LPI) Pusat Bimbingan Remaja Puteri Raudhatus Sakinah.

Bagaimana dengan nasib rumah-rumah kebajikan dan pembiyaan bagi golongan malang ini???Apakah nasib generasi masa depan negara ini andai pihak berwajib juga dilihat seperti tidak mengambil peduli?? Bagaimana  untuk melahirkan Modal Insan dan masyarakat Al-Abrar yang dicanang-canangkan andai permasalahan sebesar ini dipandang sebelah mata??

Jangan ‘MENDEKATI’ zina

Generasi hari ini dimomokkan dengan hiburan yang melampaui batas. Artis menjadi ikon muda-mudi masa kini. Kisah-kisah mereka menjadi sajian utama dada-dada akhbar dan  lagu-lagu yang berkumandang di stesen-stesen radio menjadi halwa telinga saban hari lantas bagi mereka yang cetek pemikiran dan rapuh imannya dengan mudah mencontohi dan menjadikan artis-artis sebagai qudwah dan trend masa kini. Andai ada yang masih berpegang pada tunas-tunas islam dikatakan kolot dan ketinggalan zaman. Contoh mudah, muda mudi sekarang berasa malu untuk mengakui  tidak mempunyai teman istimewa. Apatah lagi wanita, momokan tidak laku pasti menjadi ketakutan dan kerisauan andai diri belum dimiliki, dan disebabkan inilah ramai yang sudi menerima seorang lelaki walaupun jelas terpancar keperibadian yang buruk dan hanya ingin mengambil kesempatan..Tiada yang diperkirakan melainkan keseronokan semata.

Dalam Al-Quran, Allah S.W.T berfirman: Janganlah kamu ‘mendekati’ zina.  Para Mufassirin memberi tafsiran makna disebalik firman Allah  S.W.T tersebut. Tidak hanya dinyatakan pengharaman zina semata,namun apa-apa perkara yang mendekati kepada penzinaan  juga amat ditegah. Dan satu hadis Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Mata itu berzina dan zinanya adalah memandang (tanpa keperluan), Lisan itu berzina dan zinanya adalah bercakap (yang sia-sia, lucah dan sebagainya), Kaki itu berzina dan zinanya adalah melangkah (untuk bermaksiat), Tangan itu berzina dan zinanya ialah merangkul (untuk bermaksiat), Hati itu berhawa dan berangan-angan, Faraj membenarkan atau mendustakannya.


Pemantapan akhlak dan rohani

Bukan harus dinafikan usaha-usaha NGO dan badan-badan persendirian yang prihatin dengan golongan malang ini. Namun dalam usaha membenteras masalah ini, bukan  seperti pepatah melayu ‘sudah terhantuk baru terngada’..Usaha ini harus diperhalusi dari akar umbi dan iyanya melalui proses yang panjang dan usahasama dari pelbagai pihak. Jalan yang terbaik adalah dari segi pemantapan akidah syariah dan akhlak sedari kecil. Proses pengislahan ini bermula dari keperibadian mulia ibu bapa sebelum, ketika dan setelah terbinanya Baitul Muslim. Sejauhmana keberkatan  prosesnya, sejauh itulah kemantapan akhlak dan keperibadian anak-anak yang bakal dilahirkan. Dan begitulah kitaran seterusnya.

Andai usaha ini membuah hasil, tidak perlu akan peruntukan khas, rumah-rumah kebajikan, kempen-kempen pemulihan akhlak, namun semuanya itu disalurkan pada hal ehwal kebajikan rakyat dan  usaha pemantapan jati diri sebagai seorang individu muslim agar keberkatan di dunia mengiringi kebahagian di akhirat sana.

Duhai wanita, mengapa harus ditempah nikmat semalaman cuma namun deritanya kekal selamnya???


Rosita bt Buwathy,
Exco Hal Ehwal Wanita(HELWA),
Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia(SPMM)

Sabtu, 29 Oktober 2011

MUSLIMAH_nazrey Johani

Bismillahirrahmanirrahim..



Oh muslimah
Allah cinta kepadamu
Rasulullah kasih kepadamu

Oh muslimah
Berbahagialah kau telah dilahirkannya dengan mulia
Subhanallah
Tuhan telah berkati wanita yang cukup ilmu
Rendah hati


Oh muslimah
busanamu menutup rapi
auratmu kau lindungi dengan indahnya

Oh muslimah
kau rajin memuji
Islam kau jadikan ikutan sejati

Oh muslimah
memandangmu menyejuk hati
menundukkan nafsu hati yang goyah
Keayuan wanita solehah indah peribadi
Tulus hatinya

Oh muslimah
Kecantikan yang sebenar
Pada tutur kata penuh berhikmah
Mempertahan kehormatan dirimu
dengan pakaian mentaati Allah

Oh muslimah
Kau masuk ke syurga
Solat lima waktu dan berpuasa
Menundukkan pandangan matamu
Mentaati suami yang tercinta

Oh muslimah
Kau rajin mengaji
Islam kau jadikan
Ikutan sejati

BIDADARI_Munif Ahmad

 

Bidadari
Temanilah resahku
Bidadari
Tenangkanlah jiwaku
Sumpah setia hidup mati
Semuanya kerana kau isteriku
Isteriku tercinta pelengkap rusuk kiriku

Bidadari
Jadilah pedampingku
Bidadari
Jadilah sang setia
Kerna cinta cinta suci
Buktinya tidak pernah sepi
Sepi daripada cubaan yang tak terduga

Kau umpama bintang utara
Penunjuk jalan yang terang
Kau beri harapan saat ku jatuh
Bangun semula
Dan berikan sakti cintamu
Penawar racun berbisa
Dan ikatan kita cinta abadi hanya disyurga

Khamis, 20 Oktober 2011

Untukmu ADAM&HAWA

 Adam...
Kau bilang dirimu hebat dan kuat ibarat pahlawan,
Gagah perkasa seperti Badang,
... Kau gunakan Hawa sebagai umpan,
Untuk membuktikan kelelakianmu yang hanya temberang.

Hawa...
Kau bangga dengan kecantikan lahiriah yang ada padamu,
Kau sanjung tinggi Adam yang terpikat dengan keindahan rupamu,
Kau tersenyum manis saat Adam melihat lenggok tubuhmu,
Tapi kau marah dan benci bila ada segelintir Adam yang menegurmu.

Adam...
Kadangkala kekacakan yang ada padamu,
Bisa membuat Hawa lemah dan cair ibarat ais terkena api,
Hati yang rapuh mudah luluh dan tunduk pada nafsu,
Jiwa yang halus mudah pula jatuh hati.

Hawa...
Iblis menggunakanmu sebagai umpan untuk memerangkap Adam,
Kau harus ambil kesempatan ini untuk memperdayakan Iblis,
Selamatkanlah Adam dari cengkaman api yang tidak akan terpadam,
Jatuhkanlah musuh Islam dengan akal satumu yang genius.

Adam...
Kata-kata manis nistamu bisa menggoda hati Hawa,
Senyum nakalmu membuatkan Hawa semakin suka,
Lembutmu dalam berkata membuatkan Hawa senang mendekatimu,
Sikap prihatinmu membuat Hawa tergilakan perhatianmu.

Hawa...
Sikapmu yang tidak endah menjadikan Adam berani terhadapmu,
Berani mengambil kesempatan untuk menyentuh maruahmu,
Ketidaktegasanmu membuatkan Adam semakin suka akan dirimu,
Hingga kau pun hanyut dalam dunia cinta palsu.

Adam...
Kau bilang akalmu sembilan mengalahkan nafsumu yang satu,
Gunakanlah akalmu itu untuk mendidik nafsumu yang boleh membinasakan Hawa,
Cerdikkanlah akalmu itu dengan berjihad menentang nafsumu,
Agar Hawa terpelihara sentiasa dalam jagaan taqwa.

Hawa...
Lenggok tubuhmu bisa membuat Adam terpaku dan mata menjadi sepi,
Lembut suaramu bisa mencairkan hati lelaki Adam,
Longgarkanlah pakaianmu agar tubuhmu tertutup rapi,
Tegaskanlah suaramu supaya syaitan tidak berpeluang merasuk Adam.

Oleh itu Adam...
Bersikap tegaslah dengan Hawa dalam setiap urusanmu,
Kau harus kuat dan sabar dalam membimbing Hawa yang semakin liar,
Kau harus teruskan perjuanganmu menentang hawa nafsumu,
Agar nafsu Hawa tidak terus-terusan menular.

Adam...
Hawa meminta agar kau bersikap tegas dan berani,
Supaya Hawa takut untuk menggoda dan mendekati,
Supaya syaitan tidak membisikkan godaan nafsu durjana,
Agar kau bisa menjadi pemimpin dan ketua yang diidami Hawa.

Begitu juga Hawa...
Mahalkanlah senyummu yang bisa menawan hati lelaki,
Jagalah dan peliharalah aurat dan maruah dirimu,
Untuk membentengi nafsu yang sangat dibenci,
Agar kau suci terpelihara saat Adam menyuntingmu.

Hawa...
Adam mudah cair dengan keanggunan wajahmu,
Namun...itu bukanlah yang Adam harapkan,
Adam mengharapkan Hawa yang berpegang teguh pada agama sebagai penyuci kalbu,
Adam juga menginginkan Hawa yang sopan dan memelihara aurat dalam berpakaian.
Dan
Untukmu Adam :
Jadilah Adam yang berpendidikan tinggi dalam agama yang bisa membimbing Hawa dari menjadi mangsa godaan syaitan dan nafsu yang boleh membinasakan.
Jadilah Adam yang murah dengan kata-kata nasihat dan teguran yang boleh memperbaiki Hawa.
Jadilah Adam yang sentiasa berjuang menentang nafsu dan memelihara maruah diri untuk orang tercinta yang sah bergelar isteri.
Jadilah juga Adam yang boleh menjadi ketua keluarga, imam dalam solat berjemaah dan pemimpin agama seperti yang diingini oleh Hawa.

Untukmu Hawa :
Jadilah Hawa yang tinggi dengan didikan agama, merendah diri dengan akhlak terpuji dan baik hati. Jadilah Hawa yang menjaga aurat dan maruah diri dari sewenang-wenangnya dilihat ajnabi.
Jadilah Hawa yang sentiasa haus akan ilmu nasihat dan teguran sebagai persiapan menjadi Hawa yang solehah untuk seorang yang sah bergelar suami.
Jadilah juga seorang Hawa yang bisa menjadi anak, ibu dan isteri yang solehah serta hamba Allah yang beriman dan bertaqwa seperti yang diidamkan oleh Adam..

Jumaat, 14 Oktober 2011

Busana kecantikan muslimah sejati



Sahabat saudariku fillah....


Cantik bukan hanya masalah fizikal semata-mata. Kecantikan sejati boleh didefinisikan sebagai berikut.;


1. Kecantikan terletak pada iman dan taqwa yang menyejukkan mata.

Bila kita menghiasi peribadi kita dengan iman dan taqwa akan memancarkan cahaya syurga. Dengan taat menjalankan ibadah, Allah akan memberikan cahaya wajah yang mempesona.


2. Kecantikan terletak pada perwatakan yang baik

Ketulusan kasih sayang, cinta dan perhatian kepada sesama akan membuat orang-orang di sekitarnya nyaman dan sulit untuk dilupakan.


3. Kecantikan terletak pada sikap yang lembut

Sikap yang lembut, tutur kata yang baik, santun dan sopan mencerminkan keperibadian wanita yang terpelihara. Perkataan yang baik yang mampu mengobarkan semangat, dan  janganlah berkata kasar dan sia-sia.


4. Kecantikan wanita berada pada pandangannya yang teduh dan mampu menjaga pandangan terhadap hal yang dilarang.

Ia tak suka mengumbar pandangan terhadap lelaki yang bukan mahramnya. Kerana pandangan yang tak terjaga adalah anak panah iblis yang siap menikam siapa dan dimana saja.


5. Kecantikan terletak pada senyum yang tulus dan wajar, wajahnya yang berseri- seri dan sikapnya yang ramah.

Murah senyum dalam arti bukan untuk menggoda, wajah yang berseri-seri dan sikap yang ramah bila bertemu orang lain adalah magnet alami dalam pergaulan.


6. Kecantikan terletak pada keintelektualanya

Ukuran intelektual bukan terletak pada gelaran atau dimana ia pernah belajar. Kerana banyak ilmu yang  kita dapat petik dari persekitaran  kita dan mampu belajar dan mengamalkannya.


7. Kecantikan terletak seberapa jauh ia mampu menggalas tugas dan tanggung jawab terhadap orang tua, rumah, suami, anak- anak, masyarakat dan umat.

Ia akan selalu berusaha menjadi orang yang bermanfaat bagi orang-orang di sekitarnya. Bila diberi amanah dan tanggung jawab akan dilaksanakan sebaik- baiknya. Ia menarik bukan saja dari fisiknya tapi dari peribadinya yang mampu menjadi tauladan bagi sesama.


8. Kecantikan terletak pada keinginannya untuk memberi dan berbahagi.

Selalu memberi ( tidak selalu harta; ilmu dan kebaikan juga bisa kita berikan ) tanpa mengharapkan balasan. Kemurahan hatinya membuat ia selalu dirindukan meskipun sosoknya biasa- biasa saja.


Kecantikan di atas sifatnya tak lekang di makan waktu dan tak kan luntur dimakan usia. Semoga kita memiliki kecantikan yang demikian.

Khamis, 13 Oktober 2011

SEBAIK-BAIK WANITA ADALAH YANG TERENDAH MAHARNYA..


Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Apabila datang kepadamu seorang lelaki, datang untuk meminang yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya. Maka nikahilah dia. Bila tidak engkau lakukan, maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi” (Hadith Riwayat Termidzi dan Ahmad)
...

Firman Allah SWT:
“..Dan kahwinkanlah orang-orang bujang diantara kamu dan orang-orang yang layak berkahwin dari hamba yang lelaki dan hamba perempuan. Jika mereka miskin , Allah akan memampukan (menjadikan kaya) mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha Luas pemberiannya lagi Maha Mengetahui..” (An-Nur:32)

Hadith Rasulullah lagi,
Dari Ali r.a., sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda kepadanya; “...3 perkara jangan engkau tangguhkan, solat apabila tiba waktunya, mayat apabila telah sampai, bujang apabila ditemukan sekufunya..” (HR Tirmizi).


Hadis Sahl bin Saad r.a:

"Pada satu ketika seorang perempuan datang berjumpa Rasulullah s.a.w seraya berkata: Wahai Rasulullah! Aku telah datang untuk menyerahkan diriku kepadamu.

Lalu Rasulullah s.a.w memandang kepadanya sambil mendongak kepadanya dan memerhatikan dengan teliti kemudian baginda mengangguk-anggukkan kepalanya.

Apabila perempuan itu mendapati Rasulullah s.a.w diam tanpa memberi keputusan, perempuan itu segera duduk, lalu bangunlah seorang sahabat dan berkata:

Wahai Rasulullah! Sekiranya kamu tidak ingin mengahwininya, kahwinkanlah aku dengannya.

Rasulullah s.a.w segera bertanya: Adakah engkau memiliki sesuatu yang boleh dijadikan mas-kahwin.

Sahabat menjawab: Tidak ada!

Baginda bersabda: Pulanglah menemui keluargamu mencari sesuatu yang boleh dijadikan mas-kahwin.

Lantas sahabat tersebut pulang, kemudian beliau kembali menemui Rasulullah s.a.w dan berkata: "Demi Allah! Aku tidak menjumpai apa-apa pun yang boleh dijadikan mas-kahwin".

Maka Rasulullah s.a.w berkata lagi: Carilah walaupun sebentuk cincin besi.

Lalu sahabat tersebut pulang dan datang kembali serta berkata:
Wahai Rasulullah! Demi Allah aku tidak menjumpai apa-apa walaupun sebentuk cincin besi, tetapi aku hanya memiliki kainku ini iaitu kain yang hanya boleh menutupi bahagian bawah badannya (Sahl berkata: Sahabat ini tidak mempunyai pakaian yang menutup bahagian atas badan) maka aku berikannya kepada perempuan tersebut.

Rasulullah s.a.w berkata: Apa yang engkau boleh buat dengan kain engkau itu, sekiranya engkau memakai kain itu. Perempuan tersebut tidak dapat memakainya walaupun sedikit. Apabila dia memakai kain tersebut engkau tidak mempunyai apa-apa untuk dipakai.

Sahabat itu duduk sehinggalah sekian lama kemudian bangun. Rasulullah s.a.w memandang kepadanya seterusnya dia beredar dari situ.

Setelah itu Rasulullah s.a.w memerintahkan supaya dia dipanggil. Apabila sahabat tersebut sampai, Rasulullah s.a.w bertanya: Apakah yang engkau miliki daripada Al-Quran?

Sahabat tersebut menjawab: Aku hafaz surah itu dan surah ini. Sahabat berkenaan menghitungnya.

Rasulullah s.a.w bersabda lagi: Adakah engkau membacanya secara hafalan? Sahabat tersebut menjawab: Ya! Rasulullah berkata: Pergilah! Engkau telah memilikinya bermas-kahwinkan ayat atau surah Al-Quran yang engkau hafaz " Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim : 2554

Rabu, 5 Oktober 2011

9 Pembaziran Yang Sering Dilakukan Manusia menurut Ibnu Qayyim al-Jauziy



9 Pembaziran Yang Sering Dilakukan Manusia

Ibnu Qayyim al-Jauziy mengatakan ada 9 pembaziran yang sering dilakukan manusia iaitu :

1.Ilmu pengetahuan:
Membazir jika tidak diamalkan untuk jalan kebaikan.

2.Amalan :
Membazir jika dilakukan dengan dengan hati yang ikhlas.

3.Kekayaan :
Membazir jika dibelanjakan pada perkara yang tidak bermanfaat dan tidak di Ridhoi Allah.
4.Hati :
Membazir jika kosong daripada kasih kepada Allah.

5.Tubuh badan :
Membazir jika tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah.

6.Cinta :
Membazir jika dicurahkan kepada selain Allah atau melebihi cinta kepada-Nya.

7.Masa :
Membazir jika tidak diurus sebaiknya.

8.Akal :
Membazir jika tidak memikirkan sesuatu yang bermakna kepada agama.

9.Zikir :
Membazir jika tidak memberi kesan kepada hati..

Ahad, 2 Oktober 2011

kempen iklim islami HELWA SPMM:"TAJDIDUN NIYYAH"

Khamis, 22 September 2011

♥☆ Akan Indah pada Waktunya ☆♥







Sahabat saudariku fillah...



Jangan lelah menadahkan tanganmu..


kerna Ia takkan lelah memberimu..


Jangan lelah ucapkan pintamu..


Sebab Ia takkan letih mendengarkanmu..


Jangan ragu ketika menaruh harapmu..


Sebab Ia Maha Punya untuk memberimu..


Jangan putus asa ketika detik ini membuat berjarak adanya..


Jangan bersedih ketika janji suci itu belum menjadi nyata..


Semua akan ada waktunya..


Sebuah senario indah dari Sang Maha Cinta..


Tegarkan saja hatimu hingga saatnya Ia membuat kalian jumpa..


Sisi kirimu selalu menggoda untuk menghapus hijab yang ada..


Sisi kananmu selalu mencoba menguatkanmu ketika hatimu di cuba..


Kau belum menjadi milik sesiapa..


Namun sejatinya Cinta 1 nama mesti kau jaga..


Agar ia yang memilihmu takkan kecewa...


Malah ia kan merasa bangga..


Karena bidadarinya sungguh tak tersentuh sebelum ia


Tak sabar rasanya penat memenuhi dada..


Tapi sekali lagi dan lagi bersabarlah!!


Jangan ikuti lena suara dan kata rayu para pujangga dusta..


Ia yang ingin menjadi kumbang para perawan hawa..


Yang setelah kenyang sepah di campakannya..


Kini persiapkan dirimu saja..


Untuk menjadi kawan kala berjalan..


Utuk menjadi sahabat kala penat merambat..


Untuk menjadi istri sekaligus bidadari seorang suami...


Untuk menjadi ibu dari titipan Ilahi Yang Maha Agung ..


Adam mu kan datang..


Secepat yang tak kau tahu..


Sedekat yang tak kau kira..


       ~

 ~

Selasa, 23 Ogos 2011

Tarbiyah Ramadhan di sebalik Ujian {SMU Islam Kunak, Sabah}

              24 Ramadhan 1432H: sekitar pukul 2.00 petang aku membuka laman facebook..mataku terpaku pada sebuah video yg telah di tag kapada ku..TraGedi 23 Ramadhan 1432H Di SMAN Kunak ..fikiranku 'loading' sebentar..oleh sebab line tidak berapa kuat, aku tidak dapat melihat video tersebut. Namun aku mendapat gambaran awal bahawa SMUIK menerima musibah..

Mencari maklumat apa yg berlaku kepada  SMUIK..membaca beberapa status sahabat2 ex-student SMUIK..terpaku pada status seseorang..

{BERITA TERBARU! : Pd Jam 1 pagi tadi kebakaran tlh berlaku di SMU KUNAK, SABAH (ex.sekolah) menyebabkan asrama lelaki hangus terbakar, para pelajar tidak sempat menyelamatkan barang2 berharga hatta sehelai pakaian sekalipun. Kepada x warga SMU dan warga SABAH, kita ucapkan takziah,& saya bercadang kta lancarkan TABUNG BANTUAN kpd sekolah. Mudah-mudahan usaha ini meringankan beban mangsa kebakaran. Gmbr kebakaran xdpt sy paparkan buat ms skrng. Maklumat bantuan sila baca komen pertama.}

{Bantuan boleh disalurkan terus kepada pihak sekolah dan boleh BANK-IN ke dlm AKAUN BSN saya :NURMIYATI AB HAMID (BSN-i- 1212429000070743).
Setelah Bank -In mohon rakan maklumkan pada saya.
Bersama Ringankan Beban. Syukran.}

Terasa sebak didada..lantas menelefon  sang Murabbi untuk mengetahui kondisi sebenar SMUIK lantas mengirim takziah pada warganya..kebakaran disebabkan litar pintas..kagumku pada seluruh warga yg sangat tabah…bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa berlaku..

Beberapa gambar telah di teg ke laman facebook ku..gambar2 yang menyayat hati..

  

beginilah detik2 cemas ketika api marak..merebak dengan pantas melempias amarahnya ..siapapun di hadapan pasti menjadi mangsanya..sungguh, sedangkan kita tidak mampu membendung api dunia apatah lagi di azab api neraka diakhirat kelak,,nauzubillahi min zhalik..


semuanya punah..blok bawah bernasib baik..tidak terusik sedikitpun kerana lantai simen yg membatasinya..blok atas, rentung sama sekali..kasihan harta benda pelajar..moga2 Allah gantikan yg lebih baik..

Begilah tarbiah Ramdhan di sebalik ujian besar ini..Pasti ada hikmah terbesar yg Allah ingin anugerahkan buat warga wadi al-kauthar..sama2 kita husnuz zhon dengan segala qada' dan qadar Allah..mari terapi jiwa dengan firman Allah:
Allah tidak membebani hamba kecuali dengan kesanggupannya…” (Qs. al-Baqarah [2]:286)


Ahad, 24 Julai 2011

catatan di gerbang Ramadhan



Assalamualaikum wrb..

Bersyukurku ke hadrat Ilahi kerana masih dipinjamkan nikmat usia untuk terus di nobatkan sebagai khalifah dan Hamba di muka bumi..dan sebesar-besar nikmat adalah nikmat iman yang kita miliki dan nikmat islam yang kita warisi..wassolatu wassalamu atas Rasul junjungan khotimul anbiya’ Muhammad S.A.W..sedar tidak sedar, kita kini berada dalam fasa akhir bulan syaban iaitu 23 sya’ban..bermakana ada seminggu lagi sebelum kita melangkah ke madarasah Ramadhan..sudah bersediakah kita menjadi tetamu bulan yang mulia ini?? Ayuh persiapkan diri.. perlengkapkan diri dengan memperbanyakkan amal ibadah kepada-Nya sebagai persediaan sebelum melangkah ke  gerbang Ramadhan..kepada pengunjung raudhah Humaira.. Marhaban ya Ramadhan Marhaban fi syahril mubarok wa syahril maghfiroh.. Barakallahu lana walakum daaiman bijami’i khoir..Wal’awfu minkum..

"Allahumma bariklana fii rajab wa sya’ban wa balighna Ramadhan"  Allahumma ameen..  Allahumma ameen.. Allahumma ameen..


Ahlan wasahlan Ya Ramadhan



Doa menyambut Ramadhan:
"Allahumma bariklana fii rajab wa sya’ban wa balighna Ramadhan"

Ya Allah, berkahilah kami pada bulan Rajab, Sya’ban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan (HR. Ahmad dan Thabrani)
ayuh..siapkan diri menyambut Ramadhan :)



Ucapan Ramadhan:
~Marhaban ya Ramadhan Marhaban fi syahril mubarok wa syahril maghfiroh. Barakallau lana walakum daaiman bijami’i khoir..Wal’awfu minkum~

Sabtu, 18 Jun 2011

ciri-ciri wanita ahli syurga


Wanita solehah dengan kelembutan dan kasihnya dapat merubah dunia menjadi indah, demikian pula dengan kemuliaan akhlaknya bidadari syurgapun cemburu karananya. Tentunya setiap wanita muslimah ingin menjadi wanita solehah dan ahli Syurga. Pada hakikatnya wanita ahli Syurga adalah wanita yang taat kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala dan Rasul-Nya. Seluruh ciri-cirinya merupakan cerminan ketaatan yang dia miliki. Diantara ciri-ciri wanita ahli Syurga adalah :


1.Bertakwa kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala.


2. Beriman kepada Allah, Malaikat-Malaikat-Nya, Kitab-Kitab-Nya, Rasul-Rasul-Nya, hari kiamat, dan beriman kepada takdir yang baik maupun yang buruk.


3. Bersaksi bahwa tiada tuhan yang berhak disembah kecuali Allah, bersaksi bahwa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, mendirikan shalat, menunaikan zakat, shaum/berpuasa di bulan Ramadhan, dan menunaikan haji bagi yang mampu.


4. Ihsan, yaitu beribadah kepada Allah seakan-akan melihat Allah, jika dia tidak dapat melihat Allah, dia mengetahui bahwa Allah Subhanahu wa Ta’ala melihat dirinya.


5. Ikhlas beribadah semata-mata kepada Allah, tawakkal kepada Allah, mencintai Allah dan Rasul-Nya, takut terhadap azab Allah, mengharap rahmat Allah, bertaubat kepada-Nya, dan bersabar atas segala takdir-takdir Allah serta mensyukuri segala kenikmatan yang diberikan kepadanya.


6. Gemar membaca Al Qur’an dan berusaha memahaminya, berzikir mengingat Allah ketika sendiri atau bersama banyak orang dan berdoa kepada Allah semata.


7. Menghidupkan amar ma’ruf dan nahi mungkar pada keluarga dan masyarakat.


8. Berbuat baik (ihsan) kepada tetangga, anak yatim, fakir miskin, dan seluruh makhluk, serta berbuat baik terhadap hewan ternak yang dia miliki.


9. Menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, memberi kepada orang, menahan pemberian kepada dirinya, dan memaafkan orang yang menzaliminya.


10. Berinfak, baik ketika lapang mahupun dalam keadaan sempit, menahan amarah dan memaafkan manusia.


11. Adil dalam segala perkara dan bersikap adil terhadap seluruh makhluk.


12. Menjaga lisannya dari perkataan dusta, saksi palsu dan menceritakan kejelekan orang lain (ghibah).


13. Menepati janji dan amanah yang diberikan kepadanya.


14. Berbakti kepada kedua orang tua.


15. Menyambung silaturahmi dengan karib kerabatnya, sahabat terdekat dan terjauh.

 

Majmu’ Fatawa karya Syaikhul Islam Ibnu Tamiyyah juzz 11 halaman 422-423.

Jumaat, 8 April 2011

Muhasabah Di Hening Pagi



Sudah sekian lama raudhah ini sepi dari tinta..bukan niat Humaira’ untuk membiarkan raudhah ini sepi dek sawang..Humaira’ tidak ingin mencipta sejuta alasan kerana Humaira’ sedar semuanya berpunca dari kelemahan dan kelalaian Humaira’ sendiri yang tidak memperuntukkan masa untuk raudhah kesayangan Humaira’ ini..sudah beberapa bulan Humaira’ hanya berkunjung dan mengklik pautan ilmu yang terdapat diruangan raudhah. Namun, tidak berhasrat untuk merubah wajah raudhah ini..jika ia boleh berbicara, pasti sudah di tempelak Humaira’ dek kelalaian untuk membelai raudhah ini..maafkan Humaira’..kepada insan-insan yang selalu mengingatkan agar istiqamah di jalan dakwah melalui tinta ini, jazakumullahu khoir di ucapkan..afwan, mungkin ada di kalangan antum tertunggu-tunggu perkongsian Humaira’ di raudhah ini..mengingatkan Humaira’ atas teguran seseorang berdasarkan kalam junjungan nabi yang mafhumnya.. "Allah amat menyukai amalan yang baik dilakukan secara istiqamah walaupun sedikit.."


Di pagi subuh yang hening ini, Humaira’ ingin berkongsi sedikit rasa dan bermuhasabah bersama antum..sukar untuk digambarkan perasaan Humaira’ tika ini..bagi Humaira’ semester ini sangat berbeza dengan semester-semester lepas.Berhadapan dengan subjek-sebjek yang mencabar dan tugas-tugas akademik yang pelbagai di tambah pula dengan kerja-kerja organisasi dan taklifan yang sentiasa memenuhi diari hijau Humaira’ meyebabkan Humaira’ tidak menang tangan untuk melakukan semua itu..Tidak sekali-kali Humaira’ ingin mengeluh atau mempertikaikan qada’ qadar Allah terhadap diri, malah Humaira’ sangat bersyukur kerana diberi peluang untuk mengasah diri dan menarah bakat dalam berorganisasi dan pengurusan untuk menjadi seorang kader dakwah yang professional walaupun Humaira’ sedar, diri humaira’ tidaklah sehebat sahabat-sahabat yang lain..sungguh, pengalaman dalam berorganisasi lebih tinggi nilainya berbanding hanya belajar teori sebalik kertas putih tanpa memperaktiknya...tidak semua orang berpeluang untuk menempatkan diri dalam organisasi, segalanya adalah ketentuan dan percaturan dari Allah .Sebagai hamba yang telah diberi taklifan, haruslah melaksanakannya dengan penuh rasa tanggungjawab dan dedikasi..Namun apa yang menjadi kekesalan dan kegusaran Humaira’ tika ini, apabila Humaira’ gagal mempersembahkan yang terbaik untuk segala taklifan ini..Dengan kondisi Humiara’ sebagai seorang hamba Allah yang wajib menjaga haq-haq Nya, sebagai seorang mahasiswi yang berhadapan dengan tugasan ilmiah, sebagai seorang da’ie yang harus melihat segala aspek dari kacamata dakwah, sebagai seorang cemmitee yang harus komited dengan organisasinya, sebagai seorang anak yang inginkan orang tuanya sentiasa bahagia, sebagai seorang sahabat yang harus menjaga tuntutan ukhuwah, dan pelbagai watak lagi yang harus Humaira’ lakonkan didunia sementara ini..sebagai hamba Allah dan khalifah di muka bumi , mampukah Humaira’ melakukan yang terbaik?? teringat akan ayat Al-Quran yag mafhumnya: Allah menyukai hamba-hambanya apabila dia berbuat Sesuatu dia melakukan dengan bersungguh-sungguh..moga-moga Humaira’ diampunkan atas segala yang tidak terdaya..

Rabu, 2 Februari 2011

Gadisku....


Gadisku,
Sesungguhnya kejadianmu terlalu unik,tercipta dari tulang rusuk Adam
yang bengkok menghiasi taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang..
Kau umpama sekuntum bunga,harum aromamu bias menarik sang kumbang untuk mendekatimu.

Namun...
tidak semua bunga senang didekati sang kumbang
lantaran duri yg memagari diri,umpama mawar merah,dari jauh sudah terhidu keharumannya.
Penahan warnanya yg terselah indah mengundang kekaguman kepada sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekatinya.

Gadisku,
Aku suka sekiranya kau seperti mawar aspirasi setiap mujahadah.
Bentengilah kubu dirimu dengan perasaan
MALU YG BERTUNJANGKAN KEIMANAN DAN KEINDAHAN TAKWA KEPADA ALLAH...
HiASILAH WAJAHMU dengan titisan wuduk.
INGATLAH CIRI-CIRI SEORANG WANITA SOLEHAH IALAH DIA TIDAK MELIHAT LELAKI DAN LELAKI TIDAK MELIHAT KEPADANYA.

Sesuatu yg tertutup itu lebih berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yg terdedah,
umpama sebutir permata yg didedahkan untuk perhatian umum
dengan suatu permata yg diletakkan dalam bekas tertutup.
Sudah pasti keinginan naluri lebih kuat untuk melihat sesuatu yg tersembunyi,melebihi sesuatu yg terdedah.

WANITA SOLEHAH yg patuh dan taat kepada AL-Khaliq dalam melayari liku-liku kehidupannya
adalah harapan setiap insan yg bernama Adam.
Namun segalanya memerlukan pengorbanan dan mujahadah yg tinggi
kerana bertentangan dengan nafsu serakah yg bersarang dalam dirimu.
Lebih-lebih lagi dgn title gadis yg engkau miliki,
sudah pasti darah mudamu mencabar rasa keimanan yg ada.
 

Namun ingatlah gadisku...
sesiapa yg inginkan kebaikan,maka Allah akan memudahkan jalan-jalan baginya ke arah itu.
Yang penting gadisku engkau miliki azam,usaha,dan istiqamah..

Gadisku,
Akuilah dirimu menjadi fitnah kpd kebanyakan lelaki.
Seandainya PAKAIAN MALUMU KAU TANGGALKAN DARI TUBUHMU,
maka sudah tidak ada perisai yg dapat membentengimu
Sesungguhnya Nabi ada mengatakan bahaya dirimu"tidak ada suatu fitnah yang lebih besar,
yg lebih bermaharajalela selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain fitnah yg berpunca dari kaum wanita.

"Oleh itu gadisku,setiap langkah dan tindakanmu hendaklah berpaksikan al-Quran dan As-Sunah.
Jgn biarkan sekali sesiapa mengeksploitasikan dirimu untuk kepentingan tertentu.
Seseungguhnya Allah Taala telah mengangkat martabatmu setaraf kaum Adam.
Kau harapan ummah dalam melahirkan para mujahid dan mujahidah yg bakal menggocang dunia
dgn sentuhan lembut tanganmu.

Gadisku,
Dalam hidupmu engkau ingin menyayangi dan disayangi.
Itulah fitrah semulajadi setiap insan,
namun ramai antara kaummu yg tewas kerana CINTA....
bercinta tidak salah,tetapi memuja cinta itu salah.
Ini adalah kerana CINTA MANUSIA SANGGUP MENJUAL AGAMA 
DAN KERANA CINTA MARUAH TERGADAI.
Gejala murtad serta keruntuhan moral muda-mudi sebahagian besarnya kerana cinta.
Benarlah SABDA RASULULLAH SAW MEMBAWA MAKSUD,"Sesungguhnya cinta itu buta"
Cinta itu mampu membutakan mata dan hatimu dalam membezakan perkara yg hak dan batil,
jika engkau meletakkan cinta itu atas dasar nafsu semata-mata dan bukan kerana ALLAHSWT.
Sebelum engkau mendekati cinta,cintailah dirimu terlebih dahulu.
Cintailah dirimu yg unik itu dgn mengkaji hakikat kejadianmu yg begitu simbolik.
Asal kejadian dari setittis air yg tidak berharga,
lalu mengalami proses pembetukan yg sempurna hasil rencana ALLAH.
Semoga perasaan sebegitu dapat melahirkan rasa keagungan dan kehebatan terhadap ALLAH
dan dgn itu,
akan timbul CINTA DAN KASIHMU TERHADAP PENCIPTAMU..

Gadisku,
Menyintai ALLAH DAN RASUL MELEBIHI CINTA TERHADAP MAKHLUK ADALAH CINTA YG HAKIKI DAN ABADI.....


p/s:sedang aku mengemas kini fail2 yang ada dalam pendriveku..ku terjumpa puisi ini..entah darimana sumbernya..akupun kurang pasti..namun, sama2 kita hayati puisi yang hadir dari lubuk hati sang penulis..kita doakan agar hidupnya sentiasa berada dalam rahmat Yang Maha Kuasa..

Isnin, 31 Januari 2011

Atas nama TAARUF???



Saudariku….sahabatku..ukhty muslimah….
Sungguhpun taaruf bukanlah sebuah permainan….
bukan sekadar cuba-cuba…
bukan sekadar perkiraan…
“hmm..siapa tahu sesuai…”
“hmm…siapa tahu jodoh…”
bahkan…
Hmm..buat seronok-seronok je la..”
Astaghfirullah…. Sungguh…Taaruf itu bukanlah sebuah kesenangan seperti itu….!!!!

Bagaimana mungkin SATU-SATUNYA JALAN YANG DIHALALKAN OLEH ALLAH…
OLEH ISLAM..
adalah sebuah permainan asing…
permainan cuba2…
sebuah kesenangan terselubung…??????
Bagaimana mungkin suatu usaha untuk menghindari PERCINTAAN…
justeru tanpa disedari terjerumus dalam PERCINTAAN tersebut…
Bagaimana mungkin sebuah usaha untuk membuahkan suatu yang suci…
suatu ikatan yang mahal harganya…
sebuah perjanjian agung yakni PERNIKAHAN adalah sebuah batu loncatan yang boleh dilakukan dengan siapa sahaja…???
siapa sahaja yang inginkan…??
siapa sahaja yang ada…??????????????
 Dengan perkataan… 
“cuba je la…siapa tahu…hehehe.."
???????????”

TAARUF BUKAN HAL-HAL REMEH SEPERTI ITU….!!!!!!!
TAARUF ITU SUNGGUH SUCI…!!!
Sungguh bukan hak saya untuk berkata demikian..
sebenarnya…
Saya bukan siapa-siapa…
bahkan saya adalah orang yang sangat-sangat awam dengan masalah ini….
Tapi…
sungguh terhiris hati saya ketika melihat realiti…
taaruf seakan jadi sebuah solusi atau jalan lain kerana tidak boleh bercinta…!!!

Akhibatnya…???
taaruf tiada bezanya dengan bercinta…???
Lalu…???
taaruf adalah perkenalan yg hanya dibalut dengan “selimut Islami…”????????
Jika percintaan yang dibicarakan adalah…(hmm..mungkin ..^^)
“sayang…jum kita jumpa…”
Taaruf… 
“ukhty…bangun.. solat tahajjud…
??????????”
Jika sepasang kekasih mengungkapkan perasaan dengan 
“sayang…aku cinta padamu…”
Taaruf …?? 
“ukhty…sungguh hati ini mencintaimu karena Allah…
????”
Sms-sms penuh perhatian…
tiap hari…
tiap jam…
Telefon-telefon membicarakan kehidupan sehari-hari… 
Chatting..???
YANG DIBORAKKAN…???????
hmm..tidak jauh beza…!!!

Kiranya semuanya telah tahu…
Bahawa wanita adalah fitnah terbesar bagi seorang lelaki…
Namun…
aku wanita…
dan ukhty pun wanita…
Tapi kita juga tahu…
bahawa perhatian lelaki…
kasih sayangnya…
sikap melindunginya…
kesetiaannya adalah cubaan yang tidak kalah hebatnya..
bagi seorang wanita…

Mungkin kami para akhwat pada awalnya akan berkata…
“ish.........
TAPI….kita semua juga tahu….
Cinta itu tumbuh karana terbiasa dekat,
terbiasa ada,
terbiasa bersama,
terbiasa bertengkar..
terbiasa saling menyapa,
terbiasa diberi perhatian,
terbiasa saling bercerita…hmm…

Cinta itu teramat halus…
Saat tika itu tiada apapun..
namun perlahan tanpa kita sadari ia telah menjalar ke seluruh bahagian jiwa kita
menguasai kita…
Awalnya mungkin kita akan merasa rimas dengan kehadirannya..
terganggu oleh sms-sms asingnya..
Terganggu oleh pertanyaan-pertanyaan peliknya..
namun tanpa kita sadari,
saat  sms tak kunjung tiba.. 
saat telefon tak berdering lama..
akan ada perasaan kehilangan..
setiap saat melihat ke HP menunggu smsnya..
setiap saat menoleh ke komputer menunggu onlinenya..
Dan itukah? Itukah saudariku?
Inikah yang dinamakan dengan “MENCINTAI KARENA ALLAH?”

Ya akhi, para ikhwan,
sungguh hati wanita ini lemah...
hati wanita itu mudah terjangkiti virus..
dan bagaimana jika kami telah jatuh cinta???
Bagaimana ternyata hati kita sudah saling merindu??
Saling  menginginkan adanya kebersamaan???
merindukan adanya kasih yang tanpa akhir?
Sementara….
KITA BELUM HALAL….!!!!!!
DAN MUNGKIN KITA TIDAK AKAN PERNAH JADI HALAL….!!!!!!


Sanggupkah engkau bertanggungjawab akan sms-sms mesramu?
Sanggupkah engkau bertanggungjawab akan telepon mesramu?
Sanggupkah engkau bertanggungjawab akan tangis kami karena mula merindukanmu?
Mula berharap padamu?

Ya ikhwan!!Tolong, kami hanya ingin menjaga diri..
Menjaga amal kami tetap tertuju padaNYA..
Karena janji Allah itu pasti..
Wanita baik hanya diperuntukkan lelaki baik.
Ya akhi, ikhwan calon pemimpin kami di masa depan..
Jika engkau benar-benar serius mengapa engkau hanya bersembunyi dibalik internetmu?
Bersembunyi dibalik HPmu?
Bersembunyi dalam kata-katamu?
Kami telah lelah akan semua itu..
Sungguhpun kami tidak mengharapkan seorang lelaki  yang hanya berani di dunia maya...
yang hanya berani di dunia sms..
dan yang hilang dari tanggungjawab setelah merasa tidak berkenan.
Jika engkau memang sungguh serius..
 DATANGLAH PADA ORANGTUA KAMI!!!
JAWAB PERTANYAAN KAMI DENGAN LANTANG!!!
DIHADAPAN KAMI…!!!!
JAWAB PERTANYAAN KAMI SECARA BERDEPAN….!!!!

Kami wanita ingin pemimpin yang berani.
Kami wanita yang ingin menjaga diri.
Kami wanita yang tidak ingin diberi harapan palsu,
janji pasti  Kami wanita yang ingin laki-laki yang halal.
DENGARLAH AKHI…
KAMI WANITA YANG BERBEZA!!!
PERNIKAHAN ADALAH KESUCIAN.
DAN JALAN MENUJU PERNIKAHAN TENTUNYA HARUS SESUCI PERNIKAHAN ITU PULA…!!!


 Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup.
Siapalah diriku untuk memilih permata sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang wujud di mana-mana??
Tetapi aku juga punya keinginan seperti wanita solehah yang lain,
dilamar lelaki yang bakal dinobatkan sebagai ahli syurga,
memimpinku ke arah tujuan yang satu.
Tidak perlu kau memiliki wajah setampan Nabi Yusuf Alaihisalam,
juga harta seluas perbendaharaan Nabi Sulaiman Alaihisalam,
atau kekuasaan seluas kerajaan Nabi Muhammad Shallallahu alaihi wa sallam,
yang mampu mendebarkan hati jutaan gadis untuk membuat aku terpikat.

Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Lauh Mahfuz,
Allah pasti akan menanamkan rasa kasih dalam hatiku juga hatimu.
Itu janji Allah.
Akan tetapi,
selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah..
selagi itu jangan dibazirkan perasaan itu karena kita masih tidak mempunyai hak untuk begitu.
Juga jangan melampaui batas yang telah Allah tetapkan.
Aku takut perbuatan-perbuatan seperti itu akan memberi kesan yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak.
Permintaanku tidak banyak.
Cukuplah engkau menyerahkan seluruh dirimu pada mencari ridha Illahi.
Aku akan merasa amat bernilai andai dapat menjadi tiang penyangga ataupun sandaran perjuanganmu..
Bahkan aku amat bersyukur pada Illahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu..
mengulurkan tanganku untukmu berpaut sewaktu rebah..
atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu.

Akan kukeringkan darah dari lukamu dengan tanganku sendiri..
Itu impianku.
Aku pasti berendam airmata darah,
andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu kepadaku.
Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu karena dengan mencintai Allah,
kau akan mencintaiku karena-Nya.
Cinta itu lebih abadi daripada cinta biasa.
Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.

ATAS NAMA TAARUF??
MUNGKIN SALAH SEORANG LELAKI AKAN BERTANYA
“mengapa wanita begitu selektif memilih orang yang ingin bertaaruf..”
Maka..
wanita akan menjawab..
suami kami nanti kelak akan menjadi pemimpin kami..
akan kami layani kemahuannya..
akan kami tunggu kehadirannya..
akan kami berikan jiwa kami, raga kami..

Bagaimana mungkin kami lalai dalam memilih calon suami meski hanya dalam rangka taaruf?
Suami kami nanti akan menjadi pembimbing agama kami,
penjaga kami,
pelindung kami,
Bagaimana mungkin kami akan gelabah dalam menentukan pilihan,
meski hanya sebatas tukaran biodata?
Mentaati suami kami adalah salah satu jalan kami ke syurga,
ketaatan pada suami adalah lambang kesolehan kami.
Bagaimana mungkin kami akan cepat memutuskan siapa pilihan kami..
meski hanya sebaris kata…”baik saya setuju…untuk bertaaruf…”

Ya akhi, saudaraku, para ikhwan.
JANGAN TAWARKAN PERKENALAN ATAS NAMA TAARUF PADA KAMI! KETAHUILAH…KAMI ADALAH WANITA YANG BERBEZA!
 Jadikanlah sabar dan soalat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu. (Al Baqarah, 2: 45)

 P/s: cerita ini asalanya dalam bahasa indonesia..ana hanya mengedit  menjadikan ia bahasa melayu agar lebih mudah di fahami dan di hayati..kepada pengunjung raudhah humaira’ yang terdiri daripada ikhwan dan akhawat..sama-sama kita mengambil iktibar dari apa yang di sampaikan..betapa mulia hati orang yang mengolah bait-bait luahan hati diatas..mungkin ada dikalangan kita yang pernah terjerumus dalam percintaan ‘thiqah miqah’ atau cinta ‘ana enti’ yang di labelkan atas nama taaruf..sungguh licik permainan syaitan laknatullah, bukan??...apapun,jalan taubat masih terbuka untuk hamba-hambanya..sama-samalah kita menjadi hamba yang bertaubat dan mensucikan diri..Allahumma ameen..
Wallahualam..