CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Jumaat, 8 April 2011

Muhasabah Di Hening Pagi



Sudah sekian lama raudhah ini sepi dari tinta..bukan niat Humaira’ untuk membiarkan raudhah ini sepi dek sawang..Humaira’ tidak ingin mencipta sejuta alasan kerana Humaira’ sedar semuanya berpunca dari kelemahan dan kelalaian Humaira’ sendiri yang tidak memperuntukkan masa untuk raudhah kesayangan Humaira’ ini..sudah beberapa bulan Humaira’ hanya berkunjung dan mengklik pautan ilmu yang terdapat diruangan raudhah. Namun, tidak berhasrat untuk merubah wajah raudhah ini..jika ia boleh berbicara, pasti sudah di tempelak Humaira’ dek kelalaian untuk membelai raudhah ini..maafkan Humaira’..kepada insan-insan yang selalu mengingatkan agar istiqamah di jalan dakwah melalui tinta ini, jazakumullahu khoir di ucapkan..afwan, mungkin ada di kalangan antum tertunggu-tunggu perkongsian Humaira’ di raudhah ini..mengingatkan Humaira’ atas teguran seseorang berdasarkan kalam junjungan nabi yang mafhumnya.. "Allah amat menyukai amalan yang baik dilakukan secara istiqamah walaupun sedikit.."


Di pagi subuh yang hening ini, Humaira’ ingin berkongsi sedikit rasa dan bermuhasabah bersama antum..sukar untuk digambarkan perasaan Humaira’ tika ini..bagi Humaira’ semester ini sangat berbeza dengan semester-semester lepas.Berhadapan dengan subjek-sebjek yang mencabar dan tugas-tugas akademik yang pelbagai di tambah pula dengan kerja-kerja organisasi dan taklifan yang sentiasa memenuhi diari hijau Humaira’ meyebabkan Humaira’ tidak menang tangan untuk melakukan semua itu..Tidak sekali-kali Humaira’ ingin mengeluh atau mempertikaikan qada’ qadar Allah terhadap diri, malah Humaira’ sangat bersyukur kerana diberi peluang untuk mengasah diri dan menarah bakat dalam berorganisasi dan pengurusan untuk menjadi seorang kader dakwah yang professional walaupun Humaira’ sedar, diri humaira’ tidaklah sehebat sahabat-sahabat yang lain..sungguh, pengalaman dalam berorganisasi lebih tinggi nilainya berbanding hanya belajar teori sebalik kertas putih tanpa memperaktiknya...tidak semua orang berpeluang untuk menempatkan diri dalam organisasi, segalanya adalah ketentuan dan percaturan dari Allah .Sebagai hamba yang telah diberi taklifan, haruslah melaksanakannya dengan penuh rasa tanggungjawab dan dedikasi..Namun apa yang menjadi kekesalan dan kegusaran Humaira’ tika ini, apabila Humaira’ gagal mempersembahkan yang terbaik untuk segala taklifan ini..Dengan kondisi Humiara’ sebagai seorang hamba Allah yang wajib menjaga haq-haq Nya, sebagai seorang mahasiswi yang berhadapan dengan tugasan ilmiah, sebagai seorang da’ie yang harus melihat segala aspek dari kacamata dakwah, sebagai seorang cemmitee yang harus komited dengan organisasinya, sebagai seorang anak yang inginkan orang tuanya sentiasa bahagia, sebagai seorang sahabat yang harus menjaga tuntutan ukhuwah, dan pelbagai watak lagi yang harus Humaira’ lakonkan didunia sementara ini..sebagai hamba Allah dan khalifah di muka bumi , mampukah Humaira’ melakukan yang terbaik?? teringat akan ayat Al-Quran yag mafhumnya: Allah menyukai hamba-hambanya apabila dia berbuat Sesuatu dia melakukan dengan bersungguh-sungguh..moga-moga Humaira’ diampunkan atas segala yang tidak terdaya..