CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Isnin, 3 Januari 2011

Muhasabah 2011



Assalamualaikum wrb..
                Kepada semua tetamu raudhah humaira’..rasaya belum terlambat untuk aku mengucapkan selamat tahun baru masihi 2011.. lebih kurang seminggu lebih tintaku tidak menemani raudhah ini disebebkan keterbatasan waktu oleh komitmen-komitmen dan pelabagai taklif yang  harus di utamakan..jesteru, hari ini aku meluangkan sedikit masa mengayun tintaku mengolah ayat-ayat cinta menjadi sebuah perkongsian yang insyaAllah ada manfaatnya..hari ini juga merupakan hari pertama pengkuliahan bagi semester ini..pastinya sebagai mahasisiwi aku harus memulakan langkah  untuk satu permulaan yang baik agar langkah-langkah seterusnya semakin baik dan natijahnya adalah yang terbaik..insyaAllah..bagiku, masuknya semester ke-4 ini merupakan semester yang mencabar disebabkan subjek-subjek yang dipertaruhkan memerlukan lebih perhatian dan tumpuan yang mendalam.. oleh sebab itu, azam  yang kusemai awal tahun ini harus di kekalkan momentumnya agar terus bersemangat sehingga tamat pengajian..itu azamku..

            Bicara soal azam tahun baru, pastinya ramai dikalangan kita yang azamnya tidak tercapai pada tahun lalu bukan?? Begitu juga aku..namun pada tahun ini, aku letakkkan azam yang tertangguh pada tahun lalu sebagai parioriti untuk ku capai pada tahun ini..jangan biarkan azam yang tidak tercapai itu terkubur begitu sahaja..ayuh sama-sama kita  bermuhasabah diri kembali kenapa azam itu gagal untuk digapai.. boleh jadi ia disebabkan sikap kita sendiri yang  hangat-hangat tahi ayam?? Atau mungkin sahaja cakap tidak serupa bikin?? Ataupun sikap bermalas-malasan yang menguasai diri??Mahupun hidup kita tahun lalu agak terleka dengan nikmat dunia seperti hadirnya cinta dari sang teruna idaman sehingga keutamaan lebih kepada si dia?? Ayuh muhasabah diri..apapun sebabnya, jangan jadikan ia alasan untuk kita gagal mencapai apa yang kita impaikan..sebagai mahasiswa, keutamaan kita harus diberikan kepada pengajian semata..itu hasrat orang tua kita yang bersusah payah mengahantar kita ke universiti dan pastinya mereka menginginkan anaknya untuk membawa segulung ijazah..Ayuh membuat perubahan pada tahun ini..

 pemandangan Fakulti Pengajian Al-quran dan As-sunnah (FPQS)
USIM dari arah belakang

 Namun, aku tertarik pada kenyataan seseorang yang mempersoalakan mengapa setiap tahun baru sahaja mesti di kaitkan dengan perubahan?? Bukan kah perubahan itu dilakukan pada tiap masa dan ketika?? Ya..ada benarnya..aku sangat kagum dengan orang yang memberikan komentar tersebut..bukankah kita dituntut supaya sentiasa bermuhasabah diri untuk memperbaiki diri menjadi insan yang lebih baik dari sebelumnya..? Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: "Orang yang bijak ialah orang yang menghitung dirinya dan beramal untuk kehidupan setelah kematian…" (Hadith riwayat At-Tirmizi dan Ibn Majah). menghitung yang dimaksudkan disini ialah bermuhasabah diri..ayuh kita renung pula kata-kata dari Sheikh Abdul Qadir Isa r.a. "Sesungguhnya, muhasabah diri itu akan menyemai suatu rasa bertanggungjawab dalam diri seseorang, terhadap Allah s.w.t., makhluk-makhlukNya dan tanggungjawab terhadap dirinya sendiri untuk melaksanakan syariat Allah s.w.t.. Dengan muhasabah diri, seseorang dapat menghayati bahawa, dirinya tidak diciptakan secara sia-sia."

               Oleh yang demikian sebagai mahasiswa islam kita harus sentiasa mengislah diri menjadi insan yang lebih baik dalam segala hal..jadikan muhasabah diri sebagai satu rutin harian  untuk kita menjadi seorang insan yang diharap-harapkan oleh agama bangsa dan negara..oleh yang demikian,sesuatu yang menjadi taklifan kita sebagai seorang hamba kepada penciptanya, seorang mahasiswa kepada universitinya, seorang anak kepada ibubapa, seorang sahabat terhadap teman-temannya, seorang abang atau kakak kepada adik-adiknya, dan yang pastinya seorang daie’ kepada madu’nya harus melakukan  sesutu yang terbaik untuk dipersembahkan..ayuh syabab..ayuh fatayat..sama-sama kita bermuhasabah diri merenung kembali atas segala sesuatu.. mulakan tahun 2011 ini sebagai bermulanya tapak semaian  muhasabah agar ia tetap subur di tahun-tahun yang  mendatang..
wassalam..illal liqa’ pada tinta yang akan datang..=)


0 comments: