Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud: “Apabila datang kepadamu seorang lelaki, datang untuk meminang yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya. Maka nikahilah dia. Bila tidak engkau lakukan, maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi” (Hadith Riwayat Termidzi dan Ahmad) ... Firman Allah SWT: “..Dan kahwinkanlah orang-orang bujang diantara kamu dan orang-orang yang layak berkahwin dari hamba yang lelaki dan hamba perempuan. Jika mereka miskin , Allah akan memampukan (menjadikan kaya) mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha Luas pemberiannya lagi Maha Mengetahui..” (An-Nur:32)
Hadith Rasulullah lagi, Dari Ali r.a., sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda kepadanya; “...3 perkara jangan engkau tangguhkan, solat apabila tiba waktunya, mayat apabila telah sampai, bujang apabila ditemukan sekufunya..” (HR Tirmizi).
Hadis Sahl bin Saad r.a:
"Pada satu ketika seorang perempuan datang berjumpa Rasulullah s.a.w seraya berkata: Wahai Rasulullah! Aku telah datang untuk menyerahkan diriku kepadamu.
Lalu Rasulullah s.a.w memandang kepadanya sambil mendongak kepadanya dan memerhatikan dengan teliti kemudian baginda mengangguk-anggukkan kepalanya.
Apabila perempuan itu mendapati Rasulullah s.a.w diam tanpa memberi keputusan, perempuan itu segera duduk, lalu bangunlah seorang sahabat dan berkata:
Wahai Rasulullah! Sekiranya kamu tidak ingin mengahwininya, kahwinkanlah aku dengannya.
Rasulullah s.a.w segera bertanya: Adakah engkau memiliki sesuatu yang boleh dijadikan mas-kahwin.
Sahabat menjawab: Tidak ada!
Baginda bersabda: Pulanglah menemui keluargamu mencari sesuatu yang boleh dijadikan mas-kahwin.
Lantas sahabat tersebut pulang, kemudian beliau kembali menemui Rasulullah s.a.w dan berkata: "Demi Allah! Aku tidak menjumpai apa-apa pun yang boleh dijadikan mas-kahwin".
Maka Rasulullah s.a.w berkata lagi: Carilah walaupun sebentuk cincin besi.
Lalu sahabat tersebut pulang dan datang kembali serta berkata: Wahai Rasulullah! Demi Allah aku tidak menjumpai apa-apa walaupun sebentuk cincin besi, tetapi aku hanya memiliki kainku ini iaitu kain yang hanya boleh menutupi bahagian bawah badannya (Sahl berkata: Sahabat ini tidak mempunyai pakaian yang menutup bahagian atas badan) maka aku berikannya kepada perempuan tersebut.
Rasulullah s.a.w berkata: Apa yang engkau boleh buat dengan kain engkau itu, sekiranya engkau memakai kain itu. Perempuan tersebut tidak dapat memakainya walaupun sedikit. Apabila dia memakai kain tersebut engkau tidak mempunyai apa-apa untuk dipakai.
Sahabat itu duduk sehinggalah sekian lama kemudian bangun. Rasulullah s.a.w memandang kepadanya seterusnya dia beredar dari situ.
Setelah itu Rasulullah s.a.w memerintahkan supaya dia dipanggil. Apabila sahabat tersebut sampai, Rasulullah s.a.w bertanya: Apakah yang engkau miliki daripada Al-Quran?
Sahabat tersebut menjawab: Aku hafaz surah itu dan surah ini. Sahabat berkenaan menghitungnya.
Rasulullah s.a.w bersabda lagi: Adakah engkau membacanya secara hafalan? Sahabat tersebut menjawab: Ya! Rasulullah berkata: Pergilah! Engkau telah memilikinya bermas-kahwinkan ayat atau surah Al-Quran yang engkau hafaz " Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim : 2554
Di raudhah ini, ingin ku kongsikan lakaran mindaku, acuan fikrahku beserta fatamorgana pengalamanku kepada insan-insan yang ingin mengambil sedikat sebanyak manfaat kiranya ada..selagi kudrat masih ada,tintaku akan terus menemani raudhah ini bersama mutiara-mutiara dakwah ke jalan yang lebih Allah redhoi.. InsyaAllah..
..kembali..
-
Detik tahun baru..
Ia kembali..
Setelah lama bersembunyi
Selama itulah ruang ini sepi
Tercari seorang aku
Dalam kekurangan minda
Mengingati wujud pint...
Impian Yang Terwujud
-
Impian Yang Terwujud
Saat impian itu mula terwujud
Aku sering punya keyakinan
bahawa impian itu akan datang menjemputku
tidak pernah ku jemu
untuk memint...
Kata tak Bersuara
-
Terkunci ku di sini.. Mencari halaman tersembunyi.. Terpaku raut mata ini
Merenung diri.. Sekian lama menanti.. Sesuatu.. Yang
acapkali ...
Rekonstruksi
-
Seperti yang anda lihat, laman web alwanPelangi.com sudah tidak wujud lagi
di muka bumi ini.
Maka, dengan ini, saya memulakan gerak kerja untuk membina kem...
Cara Tips mempercantik diri dengan buah-buahan
-
Siang-Siang panas di kota ku tercinta ini, rasa-rasa nya males buat pergi
mending bikin artikel yang terupdate dan semoga saja sih bermanfaat :D ..
Untuk a...
60,977 trafik blog pada Julai 2011
-
Bismillahirrahmaanirrahiim.
Blog ini mula aktif semula pada akhir tahun 2010 atau awal tahun 2011.
Pada bulan Julai 2011 yang lalu saya jarang menulis dan...
My Ex-Jahiliyyah
-
*Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang*
*Jahiliyyah VS Islamiyyah*
*Aku Yang Dulu,*
*Bukan Yang Sekarang,*
*Dulu Ditendang,*
*Sekarang...
♥ HEBATLAH KERANA ALLAH.♥
-
Dia baik, saya tidak.
Dia alim, saya tidak.
Dia hebat, saya tidak.
Dia cantik, saya tidak.
Dia menawan, saya tidak.
Dia menarik, saya tidak.
Dia tumpuan, say...
Majlis Konvokesyen
-
Begitu tidak menyangka bahawa hari demi hari aku sudah melangkau dewasa.
Detik-detik yang berlalu menjadi kenangan indah hidupku Kenangan 5 tahun
berlalu A...
Rahsia 2P 1G :)
-
Usai mengerjakan Solat Asar berjemaah, Syifaa mencapai Al-Quran mini
kesayangannya. Dia mencari-cari sudut terpencil. Matanya terpandang Nabilah
yang ...
-
Ya Allah..
"Aku ingin mencari cinta sejati yg boleh membawa aku ke jalan Ilahi. Aku
ingin menjadi makmum kepada seorang imam.Aku ingin menjadi sayap kir...
0 comments:
Catat Ulasan