CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Selasa, 8 November 2011

Pembuangan bayi: Dimanakah Silapnya???



Hari ini (9 November 2011), Malaysia digemparkan lagi apabila buletin  utama akhbar memaparkan dua kes pembuangan bayi yang belaku di Nilai berdekatan dengan Universiti Sains Islam Malaysia dan di Ampang Jaya pada hari semalam. Masih bersyukur apabila bayi yg dijumpai di Nilai masih berumur panjang namun tidak pada bayi malang di Ampang Jaya.Apa telah terjadi negara yang mengaku sebagai negara Islam ini??

Keruntuhan akhlak dan kebejatan moral makin meruncing. Maruah diri seorang wanita dilelong dengan tidak berharga  dan sewenang-wenangknya menyerahkan mahkota diri  yang kononya bukti cinta dan kasihnya kepada seorang lelaki. Lantas bayi suci yang lahir hasil dari hubungan haram dibuang oleh insan bergelar ibu dalam keadaan yang amat meruntun jiwa.. di manakah ihsannya???

Akademik diutamakan, Akhlak diabaikan

Teringat kembali di semester lalu apabila berpeluang menjadi fasilitator di salah satu program pemantapan jati diri yang dianjurkan oleh salah satu badan NGO. Dan peserta program tersebut merupakan pelajar-pelajar tingkatan satu hingga lima dari sebuah sekolah berasrama penuh di sekitar Negeri Sembilan. Walaupun dari latar belakang yang berbeza, namun satu persamaan mereka ialah mempunyai pencapaian akademik yang sangat membanggakan.

Tiga hari bersama merupakan satu jangka masa yang amat singkat .Namun, slot-slot muhasabah yang begitu hebat daripada pihak penganjur membutkan mereka sudi untuk berterus terang dan telah berjaya mencungkil masalah-masalah yang melibatkan akhlak dan moral. Amat terperanjat apabila  hampir lapan puluh  peratus peserta terjebak dengan  masalah keruntuhan akhlak dan moral yang amat serius. Rokok, gengsterism, penzinaan menjadi populariti dalam  borang kaji selidik yang telah diedarkan kepada peserta. Ini tidak termasuk dengan perkara-perkara asas bagi seseorang individu muslim samaada dari segi penjagaan solat, puasa, aurat, ,akhlak terhadap orang tua. Boleh dikatakan mejorotinya amat mendukacitakan. Statistik masalah penzinaan menarik minat saya untuk mengetahui, namun haru biru apabila lebih separuh daripada peserta pernah mencuba hal terlarang itu bersama teman silang jantina  samaada secara sukarela mahupun dipaksa.
Beginikah generasi dan pemimpin masa hadapan yang kita inginkan?? Mengutamakan pencapaian dan penguasaan akademik  namun mengabaikan  pemantapan dan pengahayatan akhlak dan moral..???

Anda bijak, jauhi zina

Kembali kepada pokok pangkal berbincangan. Kes pembuangan bayi bukanlah kes yang asing di negara ini, umpama cuaca, ada cerah ada mendungnya, ada hujan ada ributnya. Begitu juga kes zina yang melibatkan pembungan bayi yang  ada pasangan surutnya. Tidak cukup dengan kempen-kempen, rumah-rumah kebajikan, dan adanya pula sekolah-sekolah bagi menampung remaja yang terlanjur, namun belum mampu memberi impak positif dan kesedaran kepada individu dan masyarakat.

Usaha yang telah melaburkan sejumlah wang yang begitu besar dan kerahan tenaga dari pelbagai pihak yang mempunyai kesedaran, umpama tidak membuahkan hasil. Jika kesedaran itu hadir, hanya sebentar cuma, ataupun pada mereka yang telah mengalami pahit getir melahirkan di tandas-tandas awam mahupun bilik-bilik stor, tanpa ada tangan mulia yang menyambut kelahiran anak malang tersebut dan tanpa belaian dari insan bergelar suami. Namun, pada mereka yang belum mengalami, langsung tidak ingin mengambil pengajaran lantas sedang buai dengan kenikmatan dek cinta nafsu yang ingin disayangi dan dicintai. Tanpa mereka sedari, mereka berpotensi besar menjadi mangsa seterusnya oleh lelaki yang tidak berperikemanusiaan.

Pihak berwajib tidak peduli??

Lagi mendukacitakan apabila YAB Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak dalam pembentangan bajet 2012 tidak memberikan peruntukan khas kepada masalah gejala sosial ini.Banyak peruntukan berjuta ringgit dikhususkan untuk memperbaiki kehidupan golongan rakyat kelas biasa dan bawahan yang sememangnya wajar diberikan pembelaan.Malangnya, tidak terdapat pula satu peruntukan khas dalam bajet tersebut yang menjurus kepada usaha serius menangani gejala sosial dan seksual yang semakin membarah dan meruncing dalam masyarakat hari ini. Kekesalan ini dinyatakan oleh  Prof. Madya Dr. Harlina Halizah Siraj Pengerusi , Lembaga Pengarah Induk (LPI) Pusat Bimbingan Remaja Puteri Raudhatus Sakinah.

Bagaimana dengan nasib rumah-rumah kebajikan dan pembiyaan bagi golongan malang ini???Apakah nasib generasi masa depan negara ini andai pihak berwajib juga dilihat seperti tidak mengambil peduli?? Bagaimana  untuk melahirkan Modal Insan dan masyarakat Al-Abrar yang dicanang-canangkan andai permasalahan sebesar ini dipandang sebelah mata??

Jangan ‘MENDEKATI’ zina

Generasi hari ini dimomokkan dengan hiburan yang melampaui batas. Artis menjadi ikon muda-mudi masa kini. Kisah-kisah mereka menjadi sajian utama dada-dada akhbar dan  lagu-lagu yang berkumandang di stesen-stesen radio menjadi halwa telinga saban hari lantas bagi mereka yang cetek pemikiran dan rapuh imannya dengan mudah mencontohi dan menjadikan artis-artis sebagai qudwah dan trend masa kini. Andai ada yang masih berpegang pada tunas-tunas islam dikatakan kolot dan ketinggalan zaman. Contoh mudah, muda mudi sekarang berasa malu untuk mengakui  tidak mempunyai teman istimewa. Apatah lagi wanita, momokan tidak laku pasti menjadi ketakutan dan kerisauan andai diri belum dimiliki, dan disebabkan inilah ramai yang sudi menerima seorang lelaki walaupun jelas terpancar keperibadian yang buruk dan hanya ingin mengambil kesempatan..Tiada yang diperkirakan melainkan keseronokan semata.

Dalam Al-Quran, Allah S.W.T berfirman: Janganlah kamu ‘mendekati’ zina.  Para Mufassirin memberi tafsiran makna disebalik firman Allah  S.W.T tersebut. Tidak hanya dinyatakan pengharaman zina semata,namun apa-apa perkara yang mendekati kepada penzinaan  juga amat ditegah. Dan satu hadis Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Mata itu berzina dan zinanya adalah memandang (tanpa keperluan), Lisan itu berzina dan zinanya adalah bercakap (yang sia-sia, lucah dan sebagainya), Kaki itu berzina dan zinanya adalah melangkah (untuk bermaksiat), Tangan itu berzina dan zinanya ialah merangkul (untuk bermaksiat), Hati itu berhawa dan berangan-angan, Faraj membenarkan atau mendustakannya.


Pemantapan akhlak dan rohani

Bukan harus dinafikan usaha-usaha NGO dan badan-badan persendirian yang prihatin dengan golongan malang ini. Namun dalam usaha membenteras masalah ini, bukan  seperti pepatah melayu ‘sudah terhantuk baru terngada’..Usaha ini harus diperhalusi dari akar umbi dan iyanya melalui proses yang panjang dan usahasama dari pelbagai pihak. Jalan yang terbaik adalah dari segi pemantapan akidah syariah dan akhlak sedari kecil. Proses pengislahan ini bermula dari keperibadian mulia ibu bapa sebelum, ketika dan setelah terbinanya Baitul Muslim. Sejauhmana keberkatan  prosesnya, sejauh itulah kemantapan akhlak dan keperibadian anak-anak yang bakal dilahirkan. Dan begitulah kitaran seterusnya.

Andai usaha ini membuah hasil, tidak perlu akan peruntukan khas, rumah-rumah kebajikan, kempen-kempen pemulihan akhlak, namun semuanya itu disalurkan pada hal ehwal kebajikan rakyat dan  usaha pemantapan jati diri sebagai seorang individu muslim agar keberkatan di dunia mengiringi kebahagian di akhirat sana.

Duhai wanita, mengapa harus ditempah nikmat semalaman cuma namun deritanya kekal selamnya???


Rosita bt Buwathy,
Exco Hal Ehwal Wanita(HELWA),
Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia(SPMM)

Sabtu, 29 Oktober 2011

MUSLIMAH_nazrey Johani

Bismillahirrahmanirrahim..



Oh muslimah
Allah cinta kepadamu
Rasulullah kasih kepadamu

Oh muslimah
Berbahagialah kau telah dilahirkannya dengan mulia
Subhanallah
Tuhan telah berkati wanita yang cukup ilmu
Rendah hati


Oh muslimah
busanamu menutup rapi
auratmu kau lindungi dengan indahnya

Oh muslimah
kau rajin memuji
Islam kau jadikan ikutan sejati

Oh muslimah
memandangmu menyejuk hati
menundukkan nafsu hati yang goyah
Keayuan wanita solehah indah peribadi
Tulus hatinya

Oh muslimah
Kecantikan yang sebenar
Pada tutur kata penuh berhikmah
Mempertahan kehormatan dirimu
dengan pakaian mentaati Allah

Oh muslimah
Kau masuk ke syurga
Solat lima waktu dan berpuasa
Menundukkan pandangan matamu
Mentaati suami yang tercinta

Oh muslimah
Kau rajin mengaji
Islam kau jadikan
Ikutan sejati

BIDADARI_Munif Ahmad

 

Bidadari
Temanilah resahku
Bidadari
Tenangkanlah jiwaku
Sumpah setia hidup mati
Semuanya kerana kau isteriku
Isteriku tercinta pelengkap rusuk kiriku

Bidadari
Jadilah pedampingku
Bidadari
Jadilah sang setia
Kerna cinta cinta suci
Buktinya tidak pernah sepi
Sepi daripada cubaan yang tak terduga

Kau umpama bintang utara
Penunjuk jalan yang terang
Kau beri harapan saat ku jatuh
Bangun semula
Dan berikan sakti cintamu
Penawar racun berbisa
Dan ikatan kita cinta abadi hanya disyurga

Khamis, 20 Oktober 2011

Untukmu ADAM&HAWA

 Adam...
Kau bilang dirimu hebat dan kuat ibarat pahlawan,
Gagah perkasa seperti Badang,
... Kau gunakan Hawa sebagai umpan,
Untuk membuktikan kelelakianmu yang hanya temberang.

Hawa...
Kau bangga dengan kecantikan lahiriah yang ada padamu,
Kau sanjung tinggi Adam yang terpikat dengan keindahan rupamu,
Kau tersenyum manis saat Adam melihat lenggok tubuhmu,
Tapi kau marah dan benci bila ada segelintir Adam yang menegurmu.

Adam...
Kadangkala kekacakan yang ada padamu,
Bisa membuat Hawa lemah dan cair ibarat ais terkena api,
Hati yang rapuh mudah luluh dan tunduk pada nafsu,
Jiwa yang halus mudah pula jatuh hati.

Hawa...
Iblis menggunakanmu sebagai umpan untuk memerangkap Adam,
Kau harus ambil kesempatan ini untuk memperdayakan Iblis,
Selamatkanlah Adam dari cengkaman api yang tidak akan terpadam,
Jatuhkanlah musuh Islam dengan akal satumu yang genius.

Adam...
Kata-kata manis nistamu bisa menggoda hati Hawa,
Senyum nakalmu membuatkan Hawa semakin suka,
Lembutmu dalam berkata membuatkan Hawa senang mendekatimu,
Sikap prihatinmu membuat Hawa tergilakan perhatianmu.

Hawa...
Sikapmu yang tidak endah menjadikan Adam berani terhadapmu,
Berani mengambil kesempatan untuk menyentuh maruahmu,
Ketidaktegasanmu membuatkan Adam semakin suka akan dirimu,
Hingga kau pun hanyut dalam dunia cinta palsu.

Adam...
Kau bilang akalmu sembilan mengalahkan nafsumu yang satu,
Gunakanlah akalmu itu untuk mendidik nafsumu yang boleh membinasakan Hawa,
Cerdikkanlah akalmu itu dengan berjihad menentang nafsumu,
Agar Hawa terpelihara sentiasa dalam jagaan taqwa.

Hawa...
Lenggok tubuhmu bisa membuat Adam terpaku dan mata menjadi sepi,
Lembut suaramu bisa mencairkan hati lelaki Adam,
Longgarkanlah pakaianmu agar tubuhmu tertutup rapi,
Tegaskanlah suaramu supaya syaitan tidak berpeluang merasuk Adam.

Oleh itu Adam...
Bersikap tegaslah dengan Hawa dalam setiap urusanmu,
Kau harus kuat dan sabar dalam membimbing Hawa yang semakin liar,
Kau harus teruskan perjuanganmu menentang hawa nafsumu,
Agar nafsu Hawa tidak terus-terusan menular.

Adam...
Hawa meminta agar kau bersikap tegas dan berani,
Supaya Hawa takut untuk menggoda dan mendekati,
Supaya syaitan tidak membisikkan godaan nafsu durjana,
Agar kau bisa menjadi pemimpin dan ketua yang diidami Hawa.

Begitu juga Hawa...
Mahalkanlah senyummu yang bisa menawan hati lelaki,
Jagalah dan peliharalah aurat dan maruah dirimu,
Untuk membentengi nafsu yang sangat dibenci,
Agar kau suci terpelihara saat Adam menyuntingmu.

Hawa...
Adam mudah cair dengan keanggunan wajahmu,
Namun...itu bukanlah yang Adam harapkan,
Adam mengharapkan Hawa yang berpegang teguh pada agama sebagai penyuci kalbu,
Adam juga menginginkan Hawa yang sopan dan memelihara aurat dalam berpakaian.
Dan
Untukmu Adam :
Jadilah Adam yang berpendidikan tinggi dalam agama yang bisa membimbing Hawa dari menjadi mangsa godaan syaitan dan nafsu yang boleh membinasakan.
Jadilah Adam yang murah dengan kata-kata nasihat dan teguran yang boleh memperbaiki Hawa.
Jadilah Adam yang sentiasa berjuang menentang nafsu dan memelihara maruah diri untuk orang tercinta yang sah bergelar isteri.
Jadilah juga Adam yang boleh menjadi ketua keluarga, imam dalam solat berjemaah dan pemimpin agama seperti yang diingini oleh Hawa.

Untukmu Hawa :
Jadilah Hawa yang tinggi dengan didikan agama, merendah diri dengan akhlak terpuji dan baik hati. Jadilah Hawa yang menjaga aurat dan maruah diri dari sewenang-wenangnya dilihat ajnabi.
Jadilah Hawa yang sentiasa haus akan ilmu nasihat dan teguran sebagai persiapan menjadi Hawa yang solehah untuk seorang yang sah bergelar suami.
Jadilah juga seorang Hawa yang bisa menjadi anak, ibu dan isteri yang solehah serta hamba Allah yang beriman dan bertaqwa seperti yang diidamkan oleh Adam..

Jumaat, 14 Oktober 2011

Busana kecantikan muslimah sejati



Sahabat saudariku fillah....


Cantik bukan hanya masalah fizikal semata-mata. Kecantikan sejati boleh didefinisikan sebagai berikut.;


1. Kecantikan terletak pada iman dan taqwa yang menyejukkan mata.

Bila kita menghiasi peribadi kita dengan iman dan taqwa akan memancarkan cahaya syurga. Dengan taat menjalankan ibadah, Allah akan memberikan cahaya wajah yang mempesona.


2. Kecantikan terletak pada perwatakan yang baik

Ketulusan kasih sayang, cinta dan perhatian kepada sesama akan membuat orang-orang di sekitarnya nyaman dan sulit untuk dilupakan.


3. Kecantikan terletak pada sikap yang lembut

Sikap yang lembut, tutur kata yang baik, santun dan sopan mencerminkan keperibadian wanita yang terpelihara. Perkataan yang baik yang mampu mengobarkan semangat, dan  janganlah berkata kasar dan sia-sia.


4. Kecantikan wanita berada pada pandangannya yang teduh dan mampu menjaga pandangan terhadap hal yang dilarang.

Ia tak suka mengumbar pandangan terhadap lelaki yang bukan mahramnya. Kerana pandangan yang tak terjaga adalah anak panah iblis yang siap menikam siapa dan dimana saja.


5. Kecantikan terletak pada senyum yang tulus dan wajar, wajahnya yang berseri- seri dan sikapnya yang ramah.

Murah senyum dalam arti bukan untuk menggoda, wajah yang berseri-seri dan sikap yang ramah bila bertemu orang lain adalah magnet alami dalam pergaulan.


6. Kecantikan terletak pada keintelektualanya

Ukuran intelektual bukan terletak pada gelaran atau dimana ia pernah belajar. Kerana banyak ilmu yang  kita dapat petik dari persekitaran  kita dan mampu belajar dan mengamalkannya.


7. Kecantikan terletak seberapa jauh ia mampu menggalas tugas dan tanggung jawab terhadap orang tua, rumah, suami, anak- anak, masyarakat dan umat.

Ia akan selalu berusaha menjadi orang yang bermanfaat bagi orang-orang di sekitarnya. Bila diberi amanah dan tanggung jawab akan dilaksanakan sebaik- baiknya. Ia menarik bukan saja dari fisiknya tapi dari peribadinya yang mampu menjadi tauladan bagi sesama.


8. Kecantikan terletak pada keinginannya untuk memberi dan berbahagi.

Selalu memberi ( tidak selalu harta; ilmu dan kebaikan juga bisa kita berikan ) tanpa mengharapkan balasan. Kemurahan hatinya membuat ia selalu dirindukan meskipun sosoknya biasa- biasa saja.


Kecantikan di atas sifatnya tak lekang di makan waktu dan tak kan luntur dimakan usia. Semoga kita memiliki kecantikan yang demikian.

Khamis, 13 Oktober 2011

SEBAIK-BAIK WANITA ADALAH YANG TERENDAH MAHARNYA..


Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Apabila datang kepadamu seorang lelaki, datang untuk meminang yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya. Maka nikahilah dia. Bila tidak engkau lakukan, maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi” (Hadith Riwayat Termidzi dan Ahmad)
...

Firman Allah SWT:
“..Dan kahwinkanlah orang-orang bujang diantara kamu dan orang-orang yang layak berkahwin dari hamba yang lelaki dan hamba perempuan. Jika mereka miskin , Allah akan memampukan (menjadikan kaya) mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha Luas pemberiannya lagi Maha Mengetahui..” (An-Nur:32)

Hadith Rasulullah lagi,
Dari Ali r.a., sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda kepadanya; “...3 perkara jangan engkau tangguhkan, solat apabila tiba waktunya, mayat apabila telah sampai, bujang apabila ditemukan sekufunya..” (HR Tirmizi).


Hadis Sahl bin Saad r.a:

"Pada satu ketika seorang perempuan datang berjumpa Rasulullah s.a.w seraya berkata: Wahai Rasulullah! Aku telah datang untuk menyerahkan diriku kepadamu.

Lalu Rasulullah s.a.w memandang kepadanya sambil mendongak kepadanya dan memerhatikan dengan teliti kemudian baginda mengangguk-anggukkan kepalanya.

Apabila perempuan itu mendapati Rasulullah s.a.w diam tanpa memberi keputusan, perempuan itu segera duduk, lalu bangunlah seorang sahabat dan berkata:

Wahai Rasulullah! Sekiranya kamu tidak ingin mengahwininya, kahwinkanlah aku dengannya.

Rasulullah s.a.w segera bertanya: Adakah engkau memiliki sesuatu yang boleh dijadikan mas-kahwin.

Sahabat menjawab: Tidak ada!

Baginda bersabda: Pulanglah menemui keluargamu mencari sesuatu yang boleh dijadikan mas-kahwin.

Lantas sahabat tersebut pulang, kemudian beliau kembali menemui Rasulullah s.a.w dan berkata: "Demi Allah! Aku tidak menjumpai apa-apa pun yang boleh dijadikan mas-kahwin".

Maka Rasulullah s.a.w berkata lagi: Carilah walaupun sebentuk cincin besi.

Lalu sahabat tersebut pulang dan datang kembali serta berkata:
Wahai Rasulullah! Demi Allah aku tidak menjumpai apa-apa walaupun sebentuk cincin besi, tetapi aku hanya memiliki kainku ini iaitu kain yang hanya boleh menutupi bahagian bawah badannya (Sahl berkata: Sahabat ini tidak mempunyai pakaian yang menutup bahagian atas badan) maka aku berikannya kepada perempuan tersebut.

Rasulullah s.a.w berkata: Apa yang engkau boleh buat dengan kain engkau itu, sekiranya engkau memakai kain itu. Perempuan tersebut tidak dapat memakainya walaupun sedikit. Apabila dia memakai kain tersebut engkau tidak mempunyai apa-apa untuk dipakai.

Sahabat itu duduk sehinggalah sekian lama kemudian bangun. Rasulullah s.a.w memandang kepadanya seterusnya dia beredar dari situ.

Setelah itu Rasulullah s.a.w memerintahkan supaya dia dipanggil. Apabila sahabat tersebut sampai, Rasulullah s.a.w bertanya: Apakah yang engkau miliki daripada Al-Quran?

Sahabat tersebut menjawab: Aku hafaz surah itu dan surah ini. Sahabat berkenaan menghitungnya.

Rasulullah s.a.w bersabda lagi: Adakah engkau membacanya secara hafalan? Sahabat tersebut menjawab: Ya! Rasulullah berkata: Pergilah! Engkau telah memilikinya bermas-kahwinkan ayat atau surah Al-Quran yang engkau hafaz " Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim : 2554

Rabu, 5 Oktober 2011

9 Pembaziran Yang Sering Dilakukan Manusia menurut Ibnu Qayyim al-Jauziy



9 Pembaziran Yang Sering Dilakukan Manusia

Ibnu Qayyim al-Jauziy mengatakan ada 9 pembaziran yang sering dilakukan manusia iaitu :

1.Ilmu pengetahuan:
Membazir jika tidak diamalkan untuk jalan kebaikan.

2.Amalan :
Membazir jika dilakukan dengan dengan hati yang ikhlas.

3.Kekayaan :
Membazir jika dibelanjakan pada perkara yang tidak bermanfaat dan tidak di Ridhoi Allah.
4.Hati :
Membazir jika kosong daripada kasih kepada Allah.

5.Tubuh badan :
Membazir jika tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah.

6.Cinta :
Membazir jika dicurahkan kepada selain Allah atau melebihi cinta kepada-Nya.

7.Masa :
Membazir jika tidak diurus sebaiknya.

8.Akal :
Membazir jika tidak memikirkan sesuatu yang bermakna kepada agama.

9.Zikir :
Membazir jika tidak memberi kesan kepada hati..